

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
70
K e t e n t e r a a n
7
Sistem Pentadbiran Batalion
Sistem ini mula dilaksanakan
pada tahun 2009 dan diguna
sehingga kini. Melalui sistem
ini, Pegawai Kadet dari Tahun
1 hingga Tahun 4 diletakkan
bersama dalam satu batalion
yang dipertanggungjawabkan
kepada seorang Ketua Batalion
berpangkat Mejar/Setaraf,
tiga orang Ketua Kompeni
berpangkat Kapten/Setaraf
dan 3 hingga 4 orang Jurulatih
berpangkat PW 2/SSjn/Sjn/
Setaraf. Secara amnya, batalion
mentadbir hal ehwal seperti
berikut:
Pemantauan Disiplin
dan Kehadiran Kelas.
Batalion bertanggungjawab
memastikan tahap
disiplin Pegawai Kadet
naungan mereka sentiasa
berada di tahap yang
tinggi. Sebarang masalah
kehadiran kelas akademik
akan dilaporkan oleh pihak
akademik kepada batalion.
Kebajikan Pegawai
Kadet.
Pihak batalion juga
bertanggungjawab dalam
menentukan kebajikan
Pegawai Kadet diurus
dengan baik. Aduan yang
diterima dari batalion
akan disalurkan kepada
pihak MK ALK sebelum
dibawa ke pengetahuan
Komandan. Setiap bulan
batalion mengadakan
mesyuarat kebajikan
bagi mengutarakan isu
permasalahan semasa
Pegawai Kadet.
Sistem Pemegang Pangkat.
Sistem Pemegang Pangkat
yang dilaksanakan di UPNM
adalah sistem baru yang
telah diperkenalkan oleh Naib
Canselor UPNM.
Pemegang Pangkat Pegawai Kadet terdiri dari seorang Pegawai
Rendah Kanan Briged yang mana merupakan Ketua bagi semua
Pegawai Kadet UPNM. Selain itu, di batalion terdapat pemegang
pangkat seperti Pegawai Rendah Kanan (PRK), Pegawai Rendah
Muda (PRM), Kadet Sarjan Mejar Rejiman (SMR), Kadet Sarjan
Mejar Kompeni (SMK), Kadet Sarjan dan Kadet Koperal. Pemilihan
perjawatan baru Pegawai Kadet akan dilaksanakan oleh MK BLK
pada setiap hujung Semester 2 pengajian akademik. Pemegang
Pangkat dipilih melalui satu Lembaga Pemilihan yang ditubuhkan
oleh MK ALK. Ia dipengerusikan oleh Komandan dan dianggotai
oleh Pengarah ALK, Ketua Jurulatih, Ketua Bahagian P&PL, Ketua
Cawangan Jasmani dan semua Ketua Batalion.
Lencana Pencapaian Akademik.
Lencana Pencapaian Akademik
telah diperkenalkan bagi memberi dorongan dan ransangan kepada
Pegawai Kadet agar sentiasa berusaha mencapai keputusan
akademik yang cemerlang dari semasa ke semasa. Kategori lencana
adalah seperti di Jadual 32.
BIL.
PENCAPAIAN
LENCANA
PNGK
CATATAN
(b)
Anugerah Dekan
Cemerlang
Baik
Memuaskan
(c)
Biru
Kuning
Hijau
Merah
(d)
3.5 - 4.00
3.0 - 3.49
2.5 - 2.99
2.0 - 2.49
(e)
(a)
1
2
3
4
Jadual 32: Lencana Pencapaian Akademik