

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
74
K e t e n t e r a a n
7
Latihan
Pengurusan Latihan Ketenteraan.
Bagi memenuhi keperluan
ketiga-tiga perkhidmatan, konsep latihan dan silibus mata
pelajaran dikonsolidasikan bersama oleh Bahagian Operasi dan
Latihan MK ATM, MK Latihan TD, MK Pendidikan Laut dan MK
Pendidikan Udara.
Latihan Ketenteraan Tahun 2014.
Laporan Bahagian Latihan
Ketenteraan (BLK) Tahun 2014 merangkumi latihan ketenteraan
yang telah dilaksanakan mulai Januari sehingga Disember 2014
adalah seperti berikut:
Latihan Tunas Wira (LTW).
LTW adalah latihan ketenteraan
yang dilaksanakan oleh bakal Pegawai Kadet (BPK) yang
baru melapor ke UPNM. Tujuan latihan adalah untuk memberi
landasan yang asas dalam ilmu ketenteraan sebelum BPK
memulakan pengajian di UPNM. LTW dilaksanakan untuk
menukar watak BPK dari aspek sikap dan perwatakan awam
kepada tentera terutama dalam menepati masa dan kepatuhan
kepada arahan-arahan pihak atasan disamping membina
kekuatan fizikal dan mental melalui kaedah peningkatan
berkala. Seramai 481 BPK tahun 2014 terlibat dengan LTW
yang dilaksanakan bermula pada 19 Mei sehingga 29 Jun 14
iaitu selama 6 minggu. LTW 2014 terbahagi kepada 2 fasa
seperti berikut:
Fasa Kem.
Bermula dari 19 Mei hingga 14 Jun 14.
Pada masa ini BPK terlibat dengan dokumentasi dan
mempelajari subjek Adat Resam Tentera, Organisasi
UPNM dan ALK, Perintah Tetap Pegawai Kadet,
Pengenalan Latihan Jasmani, Pelajaran Kawad Kaki dan
Pengenalan Senjata M16 dan Steyr.
Fasa Medan.
Bermula dari 15 hingga 26 Jun 14. Pada
masa ini, latihan diadakan di Kem Kongkoi. BPK akan
mempelajari Ilmu Medan Perang, Kelas Survival, Jungle
Tracking, Praktikal Pandu Arah, Kawad Tempur Seksyen
dan Latihan Keyakinan Diri.
Latihan Ketenteraan Umum (LKU).
Latihan Ketenteraan ini
dilaksanakan untuk Pegawai Kadet bagi Tahun Asasi, Tahun 1,
Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Kelas Ketenteraan dibahagikan
mengikut tahun pengambilan Pegawai Kadet. Latihan
dilaksanakan pada hari Sabtu setiap minggu dalam 2 semester
sepanjang tahun 2014. Antara silibus dan mata pelajaran yang
ditekankan adalah seperti berikut:
Melaksanakan Latihan Ketahanan Mental dan Fizikal.
Mengendalikan Senjata Kecil.
Melaksanakan Tugas Pentadbiran, Regimental dan
Anggota.
Melaksanakan Latihan Kawad.
Meningkatkan Kemahiran Individu.