

8
K e t e n t e r a a n
Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
77
mata pelajaran
berdasarkan
peringkat masing-
masing diajar
semasa Latihan
Tempatan. Hari
latihan yang
dirancangkan
hendaklah mengikut
kelapangan pegawai
kadet atau hari
ko-kurikulum IPT
masing-masing bagi
mencapai kehadiran
maksimum. Bagi
membolehkan
catuan percuma
diberi, latihan yang
dijalankan hendaklah
tidak kurang dari 10
jam dan permohonan
latihan/kewangan
hendaklah dimajukan
mengikut prosedur
yang ditetapkan.
(b)
Latihan Lanjutan/
Berterusan (LL/
LB).
PALAPES diberi
tanggungjawab
untuk merancang
Latihan Lanjutan/
Berterusan
bagi keperluan
mengulangkaji
pelajaran-pelajaran
yang memerlukan
penekanan lanjut.
Setiap latihan yang
dijalankan hendaklah
tidak kurang dari 72
jam (3 hari).
(c)
Latihan Khemah
Tahunan (LKT).
LKT merupakan
kemuncak bagi
segala latihan yang
dijalankan setiap
tahun. Di dalam
latihan ini, semua
pegawai kadet
akan diuji dan dinilai
dalam aspek teori
dan praktikal di atas
apa jua pelajaran
yang telah dipelajari.
Penilaian seragam
akan dilaksanakan
terhadap semua
pegawai kadet di
semua PALAPES
IPT. Semua pegawai
kadet dikehendaki
mengikut latihan
berdasarkan latihan
peringkat masing-
masing. Rancangan
penilaian dan aktiviti
LKT yang seragam
bagi semua PALAPES
IPT adalah seperti
yang ditetapkan oleh
Team Penilai LKT
yang dikendalikan
oleh MK Latihan TD.