

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
21
emas, dua (2) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa. Lebih manis
lagi, salah satu produk pasukan penyelidik UPNM yang diketuai oleh
Prof. Madya Dr. Azizi Bin Miskon iaitu produk “D-Cell: Defence Cell
Culture” telah dinobatkan sebagai penerima The World Invention
Award yang turut menerima piala pusingan King Hamad International
Award for Invention.
UPNM juga turut berbangga apabila penyelidik UPNM, Prof. Madya
Kapt Syed Nasir Alsagoff Syed Zakaria (Bersara) dari Fakulti Sains
dan Teknologi Pertahanan telah berjaya merangkul anugerah di
Asia Pacific Information and Communication Technology Alliance
(APICTA) Awards 2014 yang telah diadakan di Jakarta, Indonesia
pada 27 hingga 30 November 2014. Beliau yang telah terpilih
mewakili Malaysia berjaya merangkul anugerah dalam kategori
“Best of Research & Development” bagi produk
GEMPALOCATE:
Earthquake Zone Emergency Personal Locator.
Selain itu, tahun 2014 juga menyaksikan pelbagai kejayaan dikecapi
di peringkat kebangsaan melalui penyertaan para penyelidik UPNM
di Malaysian Technology Expo 2014 (MTE 2014), International
Invention & Innovation Exhibition 2014 (ITEX 2014), Invention,
Innovation & Design Exposition 2014 (IIDEX 2014) dan Malaysian
Road Conference-Invention & Innovation Exhibition 2014 (MRC-IIE
2014).
UPNM juga telah meraih pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh
para pelajar. Antara yang paling membanggakan ialah kejayaan
pasukan debat UPNM dinobatkan sebagai Johan Pada Debat
Diraja Kali ke-16 dalam kategori utama debat Bahasa Melayu.
Pertandingan debat paling berprestij peringkat kebangsaan tersebut
telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 14 Mei 2014.
Selain itu, UPNM juga merupakan satu-satunya Universiti yang
menghantar pasukan dalam kalangan pelajar bagi menyertai
kejohanan sukan lasak IRONMAN. Pada 13 April 2014, seramai lima
(5) orang atlet terbaik telah terpilih mewakili UPNM di IRONMAN
70.3 Putrajaya dalam kategori lelaki terbuka 18-24 tahun. Kejohanan
ini merupakan salah satu daripada siri perlumbaan Triathlon utama
dunia anjuran World Triathlon Corporation (WTC). Pencapaian
atlet UPNM di dalam kejohanan ini amat membanggakan di mana
salah seorang atlet UPNM iaitu Pegawai Kadet Syed Abdullah Bin
Syed Mohamad telah mendapat tempat ke-2 dalam kategori yang
disertai. Pasukan ini juga telah menyertai kejohanan IRONMAN 70.4
Langkawi pada 26 dan 27 September 2014 di mana Pegawai Kadet
Syed Abdullah Bin Syed Mohamad sekali lagi mencapai kejayaan
yang amat membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ke-4
bagi kategori yang sama.
PENUTUP
Penzahiran kecemerlangan lazimnya perlu dan akan melalui pelbagai
proses penambahbaikan seiring dengan perkembangan dan
keperluan semasa. Pembangunan organisasi secara menyeluruh
sudah pastinya menuntut penekanan terhadap pembangunan
modal insan yang bermutu, baik dari segi intelek dan keperibadian
8
L a p o r a n
N a i b C a n s e l o r