Previous Page  21 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

20

Dalam usaha memperkukuhkan bidang tujahan keselamatan

dan pertahanan, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan

dengan mengambil kira perluasan dan pembangunan kapasiti

serta keupayaan UPNM. Antaranya, pembangunan Kem Kongkoi

di Jelebu, Negeri Sembilan yang mana akan dijadikan pusat

latihan kepimpinan, pusat penyelidikan bidang tujahan UPNM iaitu

tropicalization

dan seterusnya menjana pendapatan dalaman UPNM.

Dengan menjadikan Kem Kongkoi sebagai pusat latihan dalaman,

UPNM telah dapat menjimatkan perbelanjaan mengurus sebanyak

RM1.945 juta untuk tempoh lapan bulan (Mei hingga Disember)

dalam tahun 2014. Ini juga adalah sebahagian dari pulangan kepada

pelaburan (ROI) ke atas pembangunan kem ini. Pihak pengurusan

UPNM juga melihat potensi besar di mana kem ini berupaya menjadi

produk yang mampu menambah nilai kepada keupayaan UPNM

dalam menjana pendapatan sendiri seperti yang dihasratkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGEMBANGAN POTENSI HUBUNGAN KERJASAMA

STRATEGIK

UPNM juga sedang giat mencari potensi jalinan hubungan

kerjasama baharu dengan pelbagai pihak sama ada dari dalam

mahupun luar negara. Pengembangan potensi ini amat penting

dalam usaha UPNM untuk terus membangun terutamanya dalam

usaha pemerkasaan aspek akademik, penyelidikan dan inovasi,

serta hubungan strategik. Sepanjang tahun 2014, delegasi

UPNM yang terdiri daripada pegawai pengurusan tertinggi telah

mengadakan beberapa siri lawatan rasmi dan seterusnya memeterai

Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian

(MoA) bersama institusi pengajian tinggi dan syarikat industri

dari United Kingdom, Perancis, dan Afrika Selatan. UPNM terus

meningkatkan jalinan kerjasama dan hubungan strategik bersama-

sama 12 buah badan dan institusi dari dalam dan luar Negara

melibatkan lapan (8) MoU dan empat (4) MoA yang ditandatangani

bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam penyelidikan dan

pembangunan (R&D) serta bidang pengajaran dan pembelajaran

(akademik). Antaranya, MoU dan MoA telah dimeterai dengan

pihak The Institut Supérieur de l’Aéronautique et de l’Espace (ISAE)

(Perancis), Council for Scientific and Industrial Research (CSIR)

(Afrika Selatan), Syarikat EUROSAE SAS, ENSTA Paris Tech, ENSTA

Bretagne (Perancis), Grib Gogh Ltd (United Kingdom) dan lain-lain.

KEJAYAAN 2014

Sepanjang tahun 2014, pelbagai kejayaan manis telah dikecapi hasil

daripada usaha gigih seluruh warga Universiti termasuklah para

akademia, staf pentadbiran serta para pelajar.

Penyertaan sulung para penyelidik UPNM di British Invention

Show 2014 (BIS 2014) di London, United Kingdom telah berjaya

membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Sebanyak lapan

(8) produk hasil penyelidikan UPNM telah mendapat pengiktirafan

di peringkat antarabangsa apabila berjaya meraih empat (4) pingat

L a p o r a n

N a i b C a n s e l o r

7