

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
18
TRANSFORMASI UNIVERSITI
Amalan tadbir urus terbaik merupakan tonggak
utama dalam memastikan kelangsungan
pembangunan dan kewujudan sesebuah
organisasi. Dalam persekitaran ekosistem
institusi pendidikan tinggi, amalan urus tadbir
terbaik akan dapat memberikan jaminan
bahawa peranan sebagai sebuah gedung ilmu
dapat diperkukuhkan seiring dengan kehendak
dan ekspektasi pemegang taruh, masyarakat
dan negara. Melalui pedekatan urus tadbir
secara korporat dan keputusan yang dicapai
melalui musyawarah, segala maklumat yang
tepat disampaikan kepada staf di peringkat
pengurusan dan pelaksana di UPNM. Ini
Alhamdulillah, tahun 2014
telah menyaksikan pelbagai
peristiwa kejayaan yang telah
mengukuhkan kedudukan
UPNM sebagai institusi peneraju
bidang tujahan keselamatan dan
pertahanan di negara ini. Pelbagai
kejayaan yang dilakar menerusi
pengiktirafan ke atas institusi ini
bertitik tolak dari kecemerlangan
para akademia, tenaga kerja
yang terampil serta pelajarnya
yang saling menyokong dan
mendokong aspirasi Universiti.
Sepanjang lapan tahun sejak
penubuhannya pada 2006,
UPNM telah melalui fasa-fasa
penting dalam evolusi pendidikan
tinggi. Perkembangannya
seiring dengan kemajuan
teknologi dalam era globalisasi
yang menuntut transfromasi
menyeluruh, sekaligus berupaya
menempatkan diri dalam
kalangan IPTA tersohor.
L a p o r a n
N a i b C a n s e l o r
7
laporan
naib canselor