Previous Page  20 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 20 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

19

bertujuan memastikan penglibatan staf secara menyeluruh dan seterusnya memastikan

universiti ini mencapai status institusi pendidikan tinggi bertaraf dunia, dinamik, proaktif,

berinovasi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa kini. Selain itu, dalam

menyuntik sinergi baharu seiring dengan keperluan semasa, barisan kepimpinan UPNM

amat menekankan penerapan amalan tadbir urus yang merangkumi sistem nilai berdasarkan

kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan responsif dalam urusan pentadbiran

harian.

Transformasi yang sedang direncanakan oleh UPNM mengambil kira keseluruhan aspek di

dalam ekosistem universiti. Ini termasuklah usaha-usaha mengukuhkan kualiti governan dan

tadbir urus, pemerkasaan akademik, pemerkasaan penyelidikan dan inovasi, pembangunan

sahsiah pelajar, akauntabiliti dalam pengurusan kewangan, kerjasama strategik, dan

pengantarabangsaan universiti. Selain itu, pihak pengurusan universiti juga sentiasa

mengaplikasikan langkah cermat dalam membuat keputusan melalui pendekatan identifikasi,

penilaian, dan mitigasi risiko.

PERANCANGAN STRATEGIK

Dalam memastikan visi dan misi universiti tercapai, perancangan strategi yang jelas, boleh

dicapai (achievable), realistik serta mempunyai tempoh masa (time bound) digarap dan

digabung jalinkan secara kolektif di peringkat Lembaga Pengarah Universiti dan pihak

pengurusan tertinggi. Setiap tindakan diselaraskan dengan mengambil kira aspek kualiti,

keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan yang mana memfokuskan

kepada

end state

universiti ini iaitu melahirkan graduan ‘Intellectual Leaders of Character’.

Selain itu, dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan, keperluan pemegang

taruh utama iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahanan sentiasa

diutamakan dan kombinasi unik ini diterjemahkan dalam penghasilan petunjuk prestasi utama

(KPI) UPNM.

8

L a p o r a n

N a i b C a n s e l o r

laporan

nai b canselor