

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
174
P r e s t a s i
K e w a n g a n
7
perbezaan sementara boleh ditolak, kerugian cukai belum digunakan dan kredit cukai
yang tidak digunakan pada tahap di mana ia berkemungkinan bahawa keuntungan
boleh di cukai pada masa hadapan boleh digunakan. Cukai tertunda tidak diiktiraf jika
perbezaan sementara timbul daripada muhibah atau muhibah negatif atau daripada
pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam urus niaga yang bukan kombinasi
perniagaan dan pada masa urus niaga, tidak menjejaskan keuntungan perakaunan atau
keuntungan boleh cukai.
Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang dijangka akan digunakan dalam tempoh
di mana aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah
digubal atau digubal sebahagian besarnya pada tarikh lembaran imbangan. Cukai
tertunda diiktiraf di dalam penyata pendapatan, kecuali apabila ia timbul daripada urus
niaga yang diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, di mana cukai tertunda juga diiktiraf
secara langsung dalam ekuiti, atau apabila ia timbul daripada kombinasi perniagaan yang
merupakan pengambilalihan, dalam mana cukai tertunda dimasukkan ke dalam muhibah
yang terhasil dan muhibah negatif.
g)
Pembinaan dalam kemajuan
Pembinaan dalam kemajuan yang dilakukan oleh Universiti akan dimodalkan dalam
hartanah, loji dan peralatan setalah pendapat sijil perakuan layak menduduki (Certificate
of Fitness (CF)). Susut nilai tidak dikenakan ke atas bangunan yang masih dalam
pembinaan.
h)
Pemiutang
Si piutang dinyatakan pada kos iaitu nilai saksama jumlah yang akan dibayar pada masa
depan untuk belian dan perkhidmatan yang diterima.
i)
Tunai dan Tunai Setara
Penyata aliran tunai telah disediakan menggunakan kaedah tidak langsung. Tunai dan
tunai setara terdiri daripada tunai di tangan dan di bank dan simpanan tetap dengan
bank berlesen dan institusi kewangan yang mempunyai kecairan tinggi yang mana tidak
mempunyai risiko ketara dalam perubahan nilainya.
j)
Kaedah Penyatuan
Penyata kewangan yang disatukan termasuk penyata kewangan syarikat dan
subsidiarinya. Subsidiari adalah entiti di mana Kumpulan mempunyai kuasa untuk
melaksanakan kawalan ke atas polisi-polisi kewangan dan operasi untuk memperoleh
manfaat daripada aktiviti-aktiviti mereka.
Syarikat subsidiari disatukan dengan menggunakan kaedah pengambilalihan perakaunan.
Di bawah kaedah pengambilalihan perakaunan, keputusan syarikat subsidiari yang diambil
alih atau dilupuskan di dalam tahun kewangan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan
yang disatukan dari tarikh pengambilalihan atau sehingga tarikh kuat kuasa pelupusan
mengikut kesesuaian. Aset-aset dan liabiliti syarikat subsidiari dinilai pada nilai saksama
pada tarikh pengambilalihan. Perbezaan antara kos pengambilalihan dan nilai saksama
bahagian Kumpulan dalam aset bersih syarikat subsidiari yang diambil alih pada tarikh
pengambilalihan dimasukkan dalam lembaran imbangan disatukan sebagai muhibah atau
muhibah negatif yang timbul dalam penyatuan.
Urus niaga antara Kumpulan, baki adalah keuntungan tidak direalisasi dihapuskan
semasa penyatuan dan penyatuan penyata kewangan mencerminkan urus niaga luaran
sahaja. Kerugian tidak direalisasi dihapuskan semasa penyatuan melainkan kos tidak
boleh diperoleh semula.