

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
172
P r e s t a s i
K e w a n g a n
7
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2014
1. MAKLUMAT UMUM
a)
Penubuhan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi
Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang menjalankan program
pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan
sebagai UPNM melalui warta kerajaan P.U .(A) 400 bertarikh 9 November 2006.
b)
Aktiviti Utama
UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains
dan Teknologi Pertahanan yang dapat di aplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti
kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera
Malaysia (ATM).
c)
Penyata kewangan ini telah disediakan dalam mata wang Ringgit Malaysia (“RM”).
d)
Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 telah di bentang dan
diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti pada 27 Februari 2015.
2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING
a)
Asas Perakaunan
Penyata Kewangan UPNM disediakan berdasarkan konvensyen kos sejarah
dan mengikut piawaian perakaunan Private Entity Reporting Standards (PERS)
yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dengan
pengubahsuaian dibuat mengikut kesesuaian peruntukan yang telah ditetapkan oleh
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1997.
b)
Pengiktirafan Pendapatan
i)
Geran Kerajaan untuk belanja mengurus diambilkira sebagai pendapatan dalam
Penyata Pendapatan mengikut asas pengakruan. Geran Kerajaan untuk projek
pembangunan diiktiraf sebagai Geran Kerajaan Tertunda dan dilunaskan mengikut
susutnilai projek yang telah siap, aset yang dibeli dan belanja pakai habis.
ii)
Pendapatan faedah diiktiraf berasaskan akruan. Faedah simpanan tetap daripada
Tabung akan diagihkan sebagai pendapatan tabung-tabung berkenaan, sekiranya
pelaburan dibuat dari peruntukan tabung tersebut. Bagi pelaburan simpanan tetap
yang lain, pendapatan diambilkira dalam Penyata Pendapatan.
iii)
Pendapatan dari yuran dan lain-lain pendapatan tidak ada arahan amanah khusus
dianggap sebagai pendapatan Universiti.
iv)
Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang
berkaitan dengan tahun kewangan semasa diambil kira sebagai pendapatan.
c)
Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susut nilai terkumpul
kecuali bagi tanah milik bebas. Pembelian harta modal yang berharga RM3,000 dan ke