Previous Page  174 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 174 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

173

8

P r e s t a s i

K e w a n g a n

atas bagi setiap unit manakala pembaikan bangunan yang kosnya melebihi RM50,000

akan dipermodalkan.

Keuntungan atau kerugian atas pelupusan hartanah, loji dan peralatan adalah ditentukan

dengan membandingkan perolehan dengan nilai dibawa harta di mana perbezaannya

akan diambil kira sebagai keuntungan atau kerugian dari operasi.

d)

Susut nilai

Susut nilai Hartanah, Loji dan Peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus berdasarkan

jangkaan hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-masing. Tanah

hak milik bebas tidak dilunaskan.

Kadar susut nilai adalah seperti berikut:-

Bangunan & Ubahsuai

2%

Kemudahan/Infrastruktur

10%

Kenderaan

20%

Perabot & Buku teks untuk rujukan 20%

Alat Kelengkapan yang lain

25%

e)

Manfaat Pekerja

i)

Manfaat Jangka Pendek

Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai perbelanjaan

dalam tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja. Pengumpulan

ganti rugi jangka pendek bagi ketidakhadiran seperti cuti tahunan bergaji akan

diambil kira apabila perkhidmatan diberikan oleh pekerja di mana hak mereka

terhadap ganti rugi ketidakhadiran di masa hadapan akan meningkat dan ganti rugi

jangka pendek yang tidak dikumpulkan di atas ketidakhadiran seperti cuti sakit

akan dikira apabila ketidakhadiran berlaku.

ii)

Manfaat Jangka Panjang

Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan berbayar

akan diambil kira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja yang mana

telah meningkatkan hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.

iii)

Pelan Sumbangan Terancang

Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan di Malaysia

membuat sumbangan kepada skim pencen, dan kumpulan wang simpanan

pekerja. Sumbangan tersebut diambil kira sebagai perbelanjaan di dalam Penyata

Pendapatan apabila perbelanjaan tersebut dilakukan.

f)

Cukai

UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas pendapatannya di bawah

perenggan 13 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi pendapatan dividen.

Cukai pendapatan syarikat subsidiari atas keuntungan atau kerugian untuk tahun

semasa terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa adalah jumlah

jangkaan cukai pendapatan yang perlu dibayar berhubung dengan keuntungan boleh

cukai bagi tahun semasa dan dikira menggunakan kadar cukai yang telah digubal pada

tarikh lembaran imbangan.

Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti, ke atas perbezaan

sementara pada tarikh lembaran imbangan di antara asas cukai aset dan liabiliti dan

nilai dibawa di dalam penyata kewangan. Pada dasarnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf

bagi semua perbezaan sementara boleh cukai. Aset cukai tertunda pula diiktiraf bagi