

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
175
8
P r e s t a s i
K e w a n g a n
Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan syarikat subsidiari adalah perbezaan
di antara hasil pelupusan bersih dan bahagian Kumpulan dalam aset bersih berserta
dengan sebarang baki muhibah yang belum dilunaskan dan perbezaan pertukaran.
Kepentingan minoriti dalam lembaran imbangan disatukan terdiri daripada minoriti
daripada nilai saksama aset dan liabiliti dikenal pasti yang diperoleh pada tarikh
pengambilalihan bahagian minoriti dalam perubahan ekuiti syarikat subsidiari sejak itu.
k)
Syarikat Subsidiari
Pelaburan di dalam syarikat subsidiari dinyatakan pada kos tolak kerugian kemerosotan
nilai. Dasar untuk pengiktirafan dan penilaian kerugian rosot nilai adalah mengikut Nota
2(l) kepada penyata kewangan. Pada pelupusan pelaburan tersebut, perbezaan di antara
hasil pelupusan bersih dan nilai dibawa diiktiraf dalam penyata pendapatan.
l)
Rosot nilai Aset
Pada setiap tarikh lembaran imbangan, Kumpulan mengkaji semula nilai dibawa bagi
aset-asetnya untuk menentukan sama ada terdapat sebarang petunjuk kemerosotan
nilai. Jika sebarang petunjuk wujud, rosot nilai dikira dengan membandingkan nilai
dibawa aset dengan amaun boleh pulih. Amaun boleh pulih adalah nilai tertinggi di antara
harga jualan bersih dan nilai dalam penggunaan, yang diukur dengan merujuk kepada
aliran tunai hadapan yang didiskaun.
Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan serta
merta, melainkan aset tersebut dibawa pada jumlah penilaian semula. Sebarang kerugian
kemerosotan aset yang dinilai semula akan dikurangkan setakat lebihan penilaian semula
yang masih belum digunakan bagi aset yang sama.
m)
Penghutang
Penghutang dibawa pada nilai yang dijangka boleh direalisasi. Hutang lapuk dihapus
kira apabila dikenal pasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu berdasarkan kajian semula
semua jumlah tertunggak pada tarikh lembaran imbangan.
n)
Peruntukan Liabiliti
Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi kini hasil daripada
peristiwa lampau dan adalah berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang
mengandungi manfaat ekonomi yang diperlukan untuk menyelesaikan obligasi tersebut
dan jumlah anggaran yang munasabah boleh dibuat.
Peruntukan dikaji semula pada setiap tarikh lembaran imbangan dan diselaraskan untuk
menggambarkan anggaran semasa yang terbaik. Di mana kesan nilai masa wang adalah
material, jumlah peruntukan adalah nilai kini perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan
untuk menyelesaikan obligasi tersebut.
o)
Pertukaran Mata wang Asing
Urus niaga dalam mata wang asing pada mulanya dicatatkan dalam Ringgit Malaysia
pada kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh transaksi. Pada setiap
lembaran imbangan, pertukaran mata wang asing bagi item monetari diterjemahkan
ke dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh
berkenaan. Item bukan monetari pada permulaannya didominasi dalam mata wang
asing, yang dibawa pada kos sejarah diterjemahkan menggunakan kadar sejarah pada
tarikh pengambilalihan. Semua perbezaan kadar pertukaran diiktiraf dalam penyata
pendapatan.