

293
Ahli akademik bebas memilih bidang, menjalankan
aktiviti penyelidikan, perundingan, penerbitan dan
mewujudkan hubungan kerjasama dengan industri
mahupun Universiti lain sesuai dengan keperluan
Fakulti/ Pusat dan Universiti. Dari segi kebebasan
bersuara pula, Universiti patuh dan tertakluk kepada
Akta Badan Berkanun (Akta 605) dan juga perlu selari
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan
Tinggi).
Pensyarah juga diberi pilihan (setelah mengadakan
perbincangan dengan Dekan Fakulti dan mengambil kira
kekuatan serta keperluan di Fakulti) untuk memilih laras
laluan kerjaya yang bersesuaian dengan kepakaran
pensyarah tersebut.
Universiti turut meluluskan pelbagai skim yang dapat
meningkatkan dan memperkukuhkan profesionalisme
dan kecemerlangan staf seperti pengajian ke peringkat
tertinggi, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran, Skim Pasca
Doktoral dan Skim Cuti Sabatikal. Penempatan sangkut
industri juga adalah perlu terutamanya untuk pensyarah
Kejuruteraan untuk memastikan mereka dapat
memenuhi keperluan tahap profesional yang diiktiraf
oleh badan seperti IEM dan BEM.
Rujuk A 72:
Garis Panduan Cuti Sabatikal
Rujuk A 73:
Garis Panduan Cuti Belajar
Rujuk A 74:
Garis Panduan Pasca Doktoral
dan Sub-Kepakaran
Rujuk A 75:
i. Garis Panduan
Menghadiri Persidangan
ii. Cabutan Minit
Mesyuarat Persidangan
Rujuk A 76:
Cabutan Minit Mesyuarat
Pelantikan Profesor Adjung
Sebagai menggalakkan kecemerlangan akademik,
Senat juga telah meluluskan pemberian Anugerah
Akademik Cemerlang (AAC) kepada staf yang telah
diadakan sebanyak dua kali mulai tahun 2011. AAC
merupakan majlis penghargaan yang berprestij di
peringkat Universiti. Juri-juri yang dilantik bukan sahaja
terdiri daripada staf dalaman malah melibatkan juri dari
luar. Ia bertujuan menghargai pencapaian staf akademik
dan kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Rujuk A 77:
Kertas Cadangan Penambahan
Kategori Anugerah Baharu dan
Penambahan Bajet Sempena
Hari Inovasi Ke-3 UPNM 2017
Rujuk A 78:
Buku Hari Anugerah Inovasi
dan Majlis Anugerah UPNM
2017