Previous Page  418 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 418 / 449 Next Page
Page Background

298

sepanjang menjalani pengajian di UPNM. Selaras

dengan kehendak Universiti yang memerlukan tahap

fizikal dan mental yang kuat dalam kalangan pelajar

namun, peratusan calon yang memohon untuk

memasuki Universiti meningkat dari semasa ke semasa.

Selain Syarat Am Universiti yang telah ditentukan oleh

pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Senat

UPNM telah turut meletakkan syarat-syarat khas kepada

calon yang memohon. Semua calon yang memohon

untuk mengikuti program Asasi Pertahanan, mahupun

Sarjana Muda di UPNM perlu membuat permohonan

melalui sistem dalam talian Bahagian Pengurusan

Kemasukan Pelajar (BPKP). Manakala calon Lepasan

SPM/Setaraf bagi kemasukan ke program Asasi

Pertahanan, calon akan melalui proses saringan ujian

temu duga yang akan dijalankan oleh pihak Cawangan

Tenaga Kerja (CTK), Kementerian Pertahanan. Proses

saringan ujian temu duga ini melibatkan pemeriksaan

fizikal, pemeriksaan perubatan, ujian larian, ujian lisan

dan bertulis serta temu duga dan dilaksanakan di tujuh

pusat pemilihan iaitu Kampus UPNM, Kolej Tentera

Darat/Pusat Latihan Tentera Darat Port Dickson, Kem

Terendak Melaka, MSS Kuantan, MSS Sg Petani/Kolej

Tentera Udara, Kem Lok Kawi Sabah dan Kem

Penrinssen Sarawak. Pelaksanaan proses saringan

ujian temu duga akan berlangsung selama tujuh hingga

10 hari yang mana kos ditanggung sepenuhnya oleh

pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi calon

lepasan STPM/Setaraf yang memohon untuk mengikuti

Program Sarjana Muda, satu proses temu duga juga

akan dilakukan untuk memastikan calon berkelayakan

bagi tujuan menjalani atau mengikuti sebagai PALAPES

selain temu duga daripada aspek intelektual. Pada

mereka yang terpilih sebagai Pegawai Kadet akan diberi

Rujuk A 94:

Buku/Templat Syarat

Kemasukan

Rujuk A 95:

Prosedur (SOP) Pengambilan

Pelajar