Previous Page  419 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 419 / 449 Next Page
Page Background

299

elaun dan bantuan kewangan sepenuhnya sepanjang

tempoh pengajian.

Kemasukan ke program pengajian Sarjana Muda juga

dibuka kepada calon Lepasan Diploma/ Setaraf yang

mana hanya calon yang mempunyai kelayakan diploma

dalam bidang Kejuruteraan dan Sains Komputer sahaja

yang layak memohon. Untuk memberi peluang kepada

pelajar cemerlang calon lepasan Diploma/Setaraf, Senat

juga telah meluluskan Buku Peraturan Akademik

(Program Sarjana Muda) untuk membolehkan pelajar

membuat pengecualian dan perpindahan kredit sebagai

panduan.

Bagi program pasca siswazah UPNM, pengambilan

pelajar diuruskan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS).

PPS turut mengadakan dan terlibat dalam pelbagai

aktiviti promosi sebagai usaha menarik minat orang

ramai mengikuti program pengajian pada peringkat

pasca siswazah di UPNM. PPS telah mengambil inisiatif

untuk memastikan hebahan yang meluas seperti

mengiklankan program pasca siswazah UPNM di

akhbar-akhbar tempatan sebanyak satu atau dua kali

setahun.

Selain itu, PPS juga turut menyertai pameran-pameran

pasca siswazah di seluruh Negara. Pada tahun 2014,

PPS menyertai Pameran Pasca siswazah sebanyak tiga

kali iaitu dua kali di Kuala Lumpur dan satu kali di Pulau

Pinang. Penyertaan dalam pameran seperti ini adalah

sangat penting dalam menarik minat orang ramai, di

samping boleh berinteraksi secara terus dengan staf

PPS tentang program pasca siswazah di UPNM dan

dapat menjawab sebarang pertanyaan.