Previous Page  421 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 421 / 449 Next Page
Page Background

301

4.2.5

Mempromosikan Budaya Penyelidikan dan

Inovasi

Di UPNM, pengurusan penyelidikan dan inovasi diterajui

oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

(TNC(PI)) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan

Inovasi (PPPI). Dalam melaksanakan tugasnya untuk

memperkasakan

dan

membudayakan

bidang

penyelidikan di UPNM, beliau dibantu oleh seorang

Pengarah dan seorang Timbalan Pengarah. Di peringkat

Universiti, satu jawatankuasa telah ditubuhkan khusus

untuk membincangkan pengurusan penyelidikan dan

inovasi iaitu Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi

(JPIU), UPNM.

Rujuk A 99:

i. TOR Jawatankuasa

Penyelidikan dan

Inovasi Universiti (JPIU)

ii. Bidang Tugas TNC(PI),

Pengarah dan Timbalan

Pengarah

4.2.5.1 Senat Memupuk Budaya Penyelidikan dan

Inovasi

Selain bidang akademik, bidang penyelidikan dan

inovasi sememangnya merupakan salah satu fokus

utama UPNM. Justeru, untuk membantu penyelidik di

UPNM merancang, mengurus dan melaksanakan

penyelidikan yang berkualiti dengan cekap dan baik,

Dasar Penyelidikan dan Inovasi, dan Dasar Harta Intelek

dan Pengkomersialan telah diwujudkan.

Senat mempunyai fungsi dan kuasa dalam bidang

penyelidikan seperti yang diperuntukkan bawah Seksyen

22(5) Perlembagaan UPNM seperti berikut:

“Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti

dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini,

statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, berhak

mengawal dan memberikan arahan secara am

berkenaan pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan,

Rujuk A 100:

i. Cabutan Minit

Mesyuarat Senat 47 Bil.

3/2015, m.s. 4

Berhubung Terma

Rujukan Jawatankuasa

Penyelidikan dan

Inovasi Universiti

ii. Dasar Penyelidikan dan

Inovasi

iii. Dasar Harta Intelek dan

Pengkomersialan