

306
laporan kemajuan projek setiap enam bulan. Kolokium
penyelidikan juga turut diadakan setiap tahun untuk
memberi
peluang
kepada
penyelidik
untuk
membentangkan prestasi dan hasil projek penyelidikan
mereka.
Untuk meningkatkan jumlah penerbitan jurnal, Universiti
menampung pembiayaan penerbitan jurnal. Walau
bagaimanapun, pembiayaan hanya diberikan kepada
penerbitan yang berindeks.
Rujuk A 111:
Surat Jemputan Kolokium
Rujuk A 112:
i. Salinan Resit
Pembayaran
ii. Minit Mesyuarat JPIU
Bil. 3/2017 tentang
Kelulusan Had
Pembiayaan Penerbitan
Artikel
Bagi projek penyelidikan yang berpotensi untuk
dikomersialkan, Universiti akan membiayai kos
pemfailan harta intelek. Universiti turut menampung
perbelanjaan untuk projek penyelidikan yang menyertai
pameran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Rujuk A 113:
Pemfailan Harta Intelek MyIPO
c) Penandaarasan dan Penunjuk Prestasi
Universiti amat menekankan pembudayaan penyelidikan
dalam kalangan penyelidik melalui usaha Pelan
Strategik UPNM 2011-2015 yang telah disemak semula
menjadi Pelan Strategik UPNM 2016-2025.
Keutamaan penyelidikan di UPNM adalah untuk
mencapai pengiktirafan di peringkat nasional dan
antarabangsa sebagai salah sebuah institusi terkemuka
dalam penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan.
Untuk mencapai hasrat ini, inisiatif pembudayaan aktiviti
penyelidikan dalam kalangan penyelidik menjadi salah
satu agenda utama yang diperkasakan dari semasa ke
semasa. Pelan Strategik UPNM dijadikan panduan oleh
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi dalam
Rujuk A 114:
i. Pelan Strategik UPNM
ii. Pelan Strategik PPPI