Previous Page  431 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 431 / 449 Next Page
Page Background

311

Untuk pembinaan kapasiti penyelidikan, UPNM turut

memberikan kemudahan kepada para pensyarah untuk

memohon cuti sabatikal/ pasca doktoral di mana

kemudahan ini akan memberi manfaat kepada

pensyarah yang berkelayakan untuk menambah baik

ilmu dan kualiti penyelidikan mereka. Selain itu, setiap

pusat penyelidikan mempunyai ruang dan makmal

penyelidikan.

e) Dasar Harta Intelek

Universiti telah memperkenalkan Dasar Harta Intelek

dan Pengkomersialan pada tahun 2014 sebagai

panduan untuk menjaga kepentingan UPNM dan

penyelidik dalam proses pengkomersialan harta intelek.

Dalam dasar yang diluluskan, para penyelidik boleh

berkongsi pembahagian peratusan keuntungan dengan

UPNM dalam nisbah 75:25. Walau bagaimanapun,

pembahagian peratusan ini boleh berubah dan tertakluk

kepada persetujuan semua pihak yang berkepentingan.

Rujuk A 120:

i. Cabutan Minit

Mesyuarat Senat 46 Bil.

2/2015 m.s. 64-65,

Berhubung Dasar Harta

Intelek dan

Pengkomersialan Serta

Pengwujudan

Jawatankuasa Etika

Penyelidikan UPNM

ii. Cabutan Minit

Mesyuarat

Jawatankuasa Eksekutif

Naib Canselor Bil.

1/2015, m.s. 10

f) Garis Panduan Etika Penyelidikan

UPNM mempunyai Garis Panduan Etika Penyelidikan

yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Senat 46. Garis

panduan ini diguna pakai oleh penyelidik yang

menjalankan penyelidikan berkaitan manusia atau

haiwan.

Rujuk A 121:

Garis Panduan Etika

Penyelidikan UPNM