

292
kadet terutamanya harus mengikut peraturan tentera
yang termaktub dalam Akta 1972. Selain itu, pelajar
kadet dan pelajar bukan kadet (PALAPES dan Awam)
kesemuanya turut tertakluk kepada Akta Universiti dan
Kolej Universiti, 1971. Bagi Pelajar Kadet, setiap batalion
bertanggungjawab memastikan tahap disiplin Pegawai
(pelajar) Kadet bawah naungan mereka. Sebarang
masalah kehadiran kuliah akademik akan dilaporkan
oleh pihak akademik kepada batalion.
Prosedur Tatatertib Pelajar
UPNM
Setiap pelajar juga maklum melalui Buku Peraturan
Akademik bahawa pelakuan negatif semasa
peperiksaan seperti cubaan meniru atau membawa
masuk bahan terlarang seperti nota ke dalam dewan
peperiksaan akan dikenakan tindakan. Setiap kali
peperiksaan dijalankan juga, pengawas peperiksaan
juga akan memberikan taklimat dan peringatan
berkenaan disiplin semasa peperiksaan.
Senat Universiti amat memandang serius kes
kecurangan akademik. Merujuk kepada Perlembagaan
Universiti, Senat merupakan badan tertinggi akademik
yang antara lainnya mengesahkan keputusan
peperiksaan pelajar. Oleh itu, sebarang keputusan yang
telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa
Tatatertib Pelajar berkaitan kes disiplin pelajar seperti
cubaan meniru atau membawa nota ke dalam dewan
peperiksaan akan dibentangkan kepada Senat. Jika
sabit kesalahan, rayuan daripada pihak pelajar akan
dibawa dan diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan
Tatatertib Pelajar.
Rujuk A 71:
i. Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Tatatertib
Bil. 5/2017
ii. Laporan Tatatertib
Salah Laku Pelajar
4.2.3.3 Kaedah Senat Menegakkan/Memartabatkan
Kebebasan Akademik dan Kecemerlangan Akademik