

4
2.0 SEJARAH PENUBUHAN
Sebelum menjadi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 10 November 2006,
ia telah wujud sebagai Akademi Tentera Malaysia (ATMA) sejak tahun 1995. Keputusan
menjadikannya sebuah universiti yang bertujahankan bidang pertahanan dan keselamatan
adalah hasil daripada cetusan idea Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak yang pada ketika itu adalah memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan
Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah sepertimana yang ditetapkan dalam Warta Kerajaan
Malaysia bertarikh 28 September 2006.
Seperti yang ditetapkan dalam warta, tujahan UPNM adalah untuk mengadakan, memajukan
dan mengembangkan pengajian tinggi dalam bidang pertahanan dan ketenteraan serta
mengadakan penyelidikan, pengumpulan dan pemajuan pengetahuan, dan seterusnya
penyebaran pengetahuan dalam bidang ini.
Selaras dengan tujahan ini, UPNM melahirkan para graduan universiti yang merupakan
‘
Intellectual Leaders of Character.’
Pelajarnya terdiri daripada 80% Pegawai Kadet dan 20%
Pelajar Awam (PALAPES).
Walau bagaimanapun, UPNM tidak seperti sebuah universiti awam yang lain di negara ini
kerana ia mempunyai keunikan tersendiri yang mana pelajar-pelajarnya adalah bukan sahaja
disediakan untuk menjadi bakal graduan dalam persekitaraan pembangunan intelek malahan
juga dalam persekitaran ketenteraan. Hal ini bermakna mereka bukan sahaja menjalani
proses pembangunan intelek malah juga melalui latihan ketenteraan serta kehidupan budaya
rejimental. Pembangunan modal insan secara holistik (
Syumul
) adalah sentiasa
dititikberatkan agar memperoleh
par excellence
duniawi dan
par excellence
ukhrawi.
Pengambilan pelajar pertama UPNM bermula pada sesi 2007/2008 seramai 550 orang
melapor untuk Program Asasi Pertahanan dengan pecahan seramai 200 Pelajar Awam dan
350 Pegawai Kadet. Sebagai permulaan kepada pengajian Sarjana Muda pula, UPNM telah
menubuhkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan; serta Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan. Sehingga tahun 2017 bagi
sesi semester 1, UPNM telah mempunyai seramai 4,148 orang pelajar dengan pecahan
seramai di samping penambahan fakulti baharu yang ditubuhkan pada tahun 2011 iaitu Fakulti
Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.