Previous Page  47 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 47 / 449 Next Page
Page Background

9

3.0 MODEL AUTONOMI UPNM

Governan atau tadbir urus sesebuah organisasi merangkumi isu kemahiran (

competency

),

akauntabiliti (

accountability

) dan ketelusan (

transparency

) dalam semua aspek. Ia juga

melibatkan perkara berkenaan dengan interaksi dan proses membuat keputusan antara

semua pemegang taruh organisasi serta penggunaan kuasa secara adil dan saksama

(

judicious use of power

). Autonomi juga berkaitan dengan isu governan. Sesebuah sistem

governan yang berlandaskan autonomi dapat mewujudkan budaya kecemerlangan

berteraskan prinsip-prinsip integriti dan akauntabiliti. Dalam aspek ini, autonomi sesebuah

Universiti Awam (UA) telah ditakrifkan sebagai kuasa dan hak sesebuah institusi untuk

menguruskan segala hal dibawahnya tanpa dipengaruh atau diarahkan oleh kerajaan.

Autonomi melibatkan pengurusan sumber dalam empat bahagian atau aspek

Key Results

Areas

(KRAs) seperti berikut:

1

.

Autonomi Governan Institusi

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk menggubal

dasar, prosedur dan mekanisma membuat keputusan ke arah mencapai visi dan misi

melalui satu struktur governan dan sistem akauntabiliti yang jelas dan terbuka.

2.

Autonomi Kewangan

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk menggubal

dasar, prosedur serta membuat keputusan berkenaan pengurusan kewangan dan

penjanaan pendapatan berlandaskan prinsip-prinsip integriti dan akauntabiliti serta

amalan governan kewangan yang terunggul.

3.

Autonomi Sumber Manusia

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk menggubal

dasar dan prosedur bagi melahirkan modal insan yang profesional, berkualiti dan

produktif. Ia melibatkan aspek penggubalan perancangan strategik sumber manusia,

pengambilan, latihan, kepimpinan, pembangunan organisasi, sistem

remuneration

dan saraan. Hal ini adalah ke arah menarik, membangunkan dan mengekalkan bakat

terunggul dalam organisasi.

4.

Autonomi Akademik

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk menggubal

dasar dan prosedur berkaitan perkara akademik termasuk pengwujudan fakulti, pusat