Previous Page  48 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 48 / 449 Next Page
Page Background

10

kecemerlangan, pengajaran dan pembelajaran (P&P), program akademik, sumber

akademik, penyelidikan dan inovasi serta permindahan ilmu.

Selaras dengan ini, kepimpinan UPNM telah mengadakan perancangan strategik dan pelan

tindakan untuk menentukan bahawa governan sentiasa menjadi tunggak dan budaya dalam

semua aspek pengurusan universiti. Penekanan sentiasa diberikan untuk membolehkannya

mencapai kemahiran, akauntabiliti dan ketelusan. Penggubalan dasar dan prosedur dibuat

dengan menggunakan kuasa secara adil dan saksama.

Model Autonomi Universiti dibangunkan berlandaskan kepada huraian di atas dalam usaha

mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prinsip-prinsip integriti dan akauntabiliti dan

melahirkan pemimpin intelek berkarakter sebagai modal insan yang profesional, berkualiti dan

produktif.