Previous Page  35 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 35 / 449 Next Page
Page Background

xxxiv

KATA-KATA ALUAN

Salam Sejahtera dan Salam 1UPNM,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta`ala

dan setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadratNya kerana

dengan limpah kurnia, izin serta inayahNya jua, maka Laporan

Penilaian Kendiri Edisi Kedua bagi Audit Kesediaan Autonomi

UPNM untuk tahun 2017/2018 ini dapat disiapkan. Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi

kepada seluruh Jawatankuasa yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam

penyediaan laporan edisi kedua ini.

Dalam memastikan kelangsungan dari segi pembangunan dan kewujudan sesebuah

organisasi, amalan tadbir urus yang terbaik merupakan tonggak utama yang perlu

dititikberatkan. Seiring dengan keperluan dalam era digital yang penuh cabaran ini,

amalan tadbir urus terbaik mampu menjamin keberkesanan peranan sebuah Universiti

sebagai gedung ilmu serta mencapai matlamat dan cita-cita yang diletakkan oleh

pemegang taruh, masyarakat dan juga negara. Oleh yang demikian, Universiti perlu

mencapai piawaian tadbir urus terbaik oleh warganya untuk menjadi Universiti yang

proaktif, berkualiti, berinovasi serta berdaya saing.

Barisan kepimpinan Universiti amat menekankan amalan tadbir urus terbaik yang

merangkumi amalan kebertanggungjawaban, ketelusan, amanah, akauntabiliti dan

responsif dalam melaksanakan urusan pentadbiran harian supaya dapat bersama-sama

menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang progresif dan berpengetahuan.

Secara tuntasnya, buku laporan ini terbahagi kepada tiga bahagian utama yang

mengandungi maklumat berkaitan dengan amalan tadbir urus yang telah dipraktikkan di

UPNM. Bahagian pertama merangkumi maklumat berkenaan dengan profil universiti,

manakala di bahagian kedua pula memperincikan maklumat berkenaan tadbir urus

institusi berdasarkan empat bahagian utama iaitu bahagian governan institusi, bahagian

kewangan, bahagian sumber manusia dan bahagian akademik. Bahagian terakhir pula

memperincikan berkenaan laporan penilaian audit kendiri yang telah dilaksanakan oleh

UPNM.

Saya berharap agar buku panduan umum Audit Kesediaan Autonomi edisi kedua ini

dijadikan bahan rujukan oleh seluruh warga UPNM agar hasrat murni ke arah memperoleh

status autonomi dapat direalisasikan dan seterusnya penambahbaikan dapat dilakukan

dari semasa ke semasa demi kecemerlangan UPNM pada masa hadapan.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak

terutamanya ketua-ketua dan ahli-ahli jawatankuasa kerja yang telah memberikan

kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam penyediaan laporan ini. Saya

berharap agar laporan ini lebih bersifat holistik dan berupaya dijadikan bahan rujukan oleh

seluruh warga UPNM agar hasrat murni ke arah memperoleh status autonomi dapat