

234
Kemasukan ke program pengajian Sarjana Muda juga dibuka
kepada calon Lepasan Diploma/ Setaraf yang mana hanya calon
yang mempunyai kelayakan diploma dalam bidang kejuruteraan dan
sains komputer sahaja. Bagi memberi peluang kepada pelajar
cemerlang calon lepasan Diploma/Setaraf, Senat juga telah
meluluskan Buku Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda)
untuk membolehkan pelajar membuat pengecualian dan
perpindahan kredit sebagai panduan.
Untuk program pasca siswazah UPNM, pengambilan pelajar
diuruskan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS). PPS turut
mengadakan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi sebagai
usaha menarik minat orang ramai mengikuti program pengajian
pada peringkat pascasiswazah di UPNM. Untuk memastikan
hebahan yang meluas, PPS mengambil inisiatif mengiklankan
program pascasiswazah UPNM di akhbar-akhbar tempatan
sebanyak satu (1) atau dua (2) kali setahun.
Selain itu, PPS juga turut menyertai pameran-pameran
pascasiswazah di seluruh Negara. Untuk tahun 2014, PPS
menyertai Pameran Pascasiswazah sebanyak tiga (3) kali iaitu dua
(2) kali di Kuala Lumpur dan satu (1) kali di Pulau Pinang.
Penyertaan dalam pameran seperti ini adalah sangat penting dalam
menarik minat orang ramai, di samping boleh berinteraksi secara
terus dengan staf PPS mengenai program pascasiswazah di UPNM
dan dapat menjawab sebarang pertanyaan.