

233
dihadapi sepanjang menjalani pengajian di UPNM. Selaras dengan
kehendak Universiti yang memerlukan tahap fizikal dan mental yang
kuat dalam kalangan pelajar namun, peratusan calon yang
memohon untuk memasuki Universiti meningkat dari semasa ke
semasa.
Selain Syarat Am Universiti yang telah ditentukan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Senat UPNM telah turut
meletakkan syarat-syarat khas kepada calon yang memohon.
Semua calon yang memohon untuk mengikuti program Asasi
Pertahanan, mahupun Sarjana Muda di UPNM perlu membuat
permohonan melalui sistem dalam talian Bahagian Pengurusan
Kemasukan Pelajar (BPKP). Manakala calon Lepasan SPM/ Setaraf
bagi kemasukan ke program Asasi Pertahanan, calon akan melalui
proses saringan ujian temu duga yang akan dijalankan oleh pihak
Cawangan Tenaga Kerja (CTK) Kementerian Pertahanan. Proses
saringan ujian temu duga ini melibatkan pemeriksaan fizikal,
pemeriksaan perubatan, ujian larian, ujian lisan dan bertulis serta
temu duga dan dilaksanakan di tujuh (7) atau enam (6) pusat
pemilihan iaitu Kampus UPNM, Kolej Tentera Darat/ Pusat Latihan
Tentera Darat Port Dickson, Kem Terendak Melaka, MSS Kuantan,
MSS Sg Petani / Koleh Tentera Udara, Kem Lok Kawi Sabah dan
Kem Penrinssen Sarawak. Pelaksanaan proses saringan ujian temu
duga akan berlangsung selama tujuh (7) hingga 10 hari yang mana
kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia
(ATM). Bagi calon lepasan STPM/ Setaraf yang memohon untuk
mengikuti Program Sarjana Muda, satu proses temu duga juga
akan dilakukan untuk memastikan calon berkelayakan bagi tujuan
menjalani atau mengikuti sebagai PALAPES selain temu duga dari
aspek intelektual.
Rujuk A109:
Buku/
Template
Syarat
Kemasukan
Rujuk
A110:
Prosedur
(SOP)
Pengambilan
Pelajar