Background Image
Previous Page  267 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 267 / 298 Next Page
Page Background

230

Mekanisme Menangani Salah Laku Akademik dan Disiplin

Pelajar

Universiti menggunakan pelbagai pendekatan untuk memaklumkan

peraturan disiplin kepada pelajar. Pelajar kadet terutamanya harus

mengikut peraturan tentera yang termaktub dalam Akta 1972.

Selain itu pelajar kadet dan pelajar bukan kadet (Palapes dan

Awam) kesemuanya turut tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej

Universiti, 1971. Bagi Pelajar Kadet, setiap batalion

bertanggungjawab memastikan tahap disiplin Pegawai (pelajar)

kadet naungan mereka. Sebarang masalah kehadiran kuliah

akademik akan dilaporkan oleh pihak akademik kepada batalion.

Setiap pelajar juga maklum melalui Buku Peraturan Akademik

bahawa perlakuan negatif semasa peperiksaan seperti cubaan

meniru atau membawa masuk bahan terlarang seperti nota ke

dalam dewan peperiksaan akan dikenakan tindakan. Setiap kali

peperiksaan dijalankan juga, pengawas peperiksaan juga akan

memberikan taklimat dan peringatan berkenaan disiplin semasa

peperiksaan.

Senat Universiti amat memandang serius kes kecurangan

akademik. Merujuk kepada Perlembagaan Universiti, Senat

merupakan badan tertinggi akademik yang antara lainnya

mengesahkan keputusan peperiksaan pelajar. Oleh itu, sebarang

keputusan yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa

Tatatertib Pelajar berkaitan kes disiplin pelajar seperti cubaan

meniru atau membawa nota ke dalam dewan peperiksaan akan

dibentangkan kepada Senat. Jika sabit kesalahan, rayuan daripada

pihak pelajar akan dibawa dan diputuskan oleh Jawatankuasa

Rayuan Tatatertib pelajar.

Rujuk A85:

Kaedah-Kaedah

Tatatertib

Pelajar

UPNM

Penyelewengan

Akademik

dalam

Buku

Peraturan

Akademik

(Rujuk

dokumen A51)

Rujuk A86:

Laporan

Tatatertib Salahlaku

Pelajar

dan

Keputusan

Perbicaraan

Tatatertib