

231
Kaedah Senat Menegakkan/ Memartabatkan Kebebasan
Akademik dan Kecemerlangan Akademik
Ahli akademik bebas memilih bidang, menjalankan aktiviti
penyelidikan, perundingan, penerbitan dan mewujudkan hubungan
kerjasama dengan industri mahupun Universiti lain sesuai dengan
keperluan Fakulti/ Pusat dan Universiti. Dari segi kebebasan
bersuara pula, Universiti patuh dan tertakluk kepada Akta Badan
Berkanun (Akta 605) dan juga perlu selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi).
Universiti turut meluluskan pelbagai skim yang dapat meningkatkan
dan memperkukuhkan profesionalisme dan kecemerlangan staf
seperti pengajian ke peringkat tertinggi, Ijazah Sarjana dan
Kedoktoran, Skim Pasca Doktoral dan Skim Cuti Sabatikal.
Penempatan sangkut industri juga adalah perlu terutamanya untuk
pensyarah Kejuruteraan bagi memastikan mereka dapat memenuhi
keperluan tahap profesional yang diiktiraf oleh badan seperti IEM
dan BEM.
Sebagai menggalakkan kecemerlangan akademik, Senat juga telah
meluluskan pemberian Anugerah Akademik Cemerlang (AAC)
kepada staf yang telah diadakan sebanyak dua kali mulai tahun
2011. AAC merupakan majlis penghargaan yang berprestij di
peringkat Universiti. Juri-juri yang dilantik bukan sahaja terdiri
daripada staf dalaman malah melibatkan juri daripada luar. Ia
Rujuk A87:
Garis Panduan Cuti
Sabatikal
Rujuk A88:
Garis
Panduan
Cuti
Belajar
Rujuk A89:
Garis
Panduan
Pasca
Doktoral dan Sub
Kepakaran
Rujuk A90:
Garis
Panduan
Menghadiri
Persidangan
dan Cabutan Minit
Mesyuarat
Persidangan
Rujuk A91:
Cabutan
Minit
Mesyuarat
Pelantikan Profesor
Adjung
Rujuk A92:
Buku Anugerah
Kecemerlangan
Akademik 2015