

5
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh, dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis, dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”
10. Saya tidak perlu mengupas isi Falsafah ini kerana tuan-tuan
dan puan-puan warga pendidikan lebih maklum dalam perkara ini.
Tetapi yang perlu kita fikirkan adalah – selepas 30 tahun Falsafah
ini diperkenalkan, adakah intipatinya kita hayati dan kita aplikasikan
dalam sistem pendidikan kita? Adakah kita telah mendidik anak-
anak kita secara holistik? Adakah kita telah berjaya memberikan
laluan kepada anak-anak kita, untuk mencapai potensi terbaik
mereka supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada
negara?
11.
Sesungguhnya aspirasi sistem pendidikan negara adalah
refleksi kepada aspirasi negara.
Justeru, perubahan sistem
pendidikan negara mestilah bermula dengan merenung kembali
kepada Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar
dapat kita teladani dan pelajari, seterusnya dapat meningkatkan
usaha kita agar matlamat yang indah ini mampu kita kecapinya
bersama.