

84
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
penyelidikan dan inovasi
PAMERAN
INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXHIBITION
(ITEX) 2017
Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebanyak 10
produk penyelidikan daripada 8 orang penyelidik UPNM telah menyertai
pameran
Invention, Innovation and Technology Exhibition
(ITEX) 2017
yang bermula dari 11 hingga 13 Mei 2017. ITEX 2017 dianjurkan bertujuan
untuk mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada universiti,
institusi penyelidikan, penyelidik individu dan syarikat penyelidikan dari
negara-negara ASEAN, Asia dan Eropah.
Acara tahunan ini merupakan peluang terbaik bagi sesi pertemuan serta
pasaran bagi pencipta dan pelabur untuk meneroka idea perniagaan
dan perkomersialan produk atau ciptaan baharu. Pameran ITEX yang
dianjurkan oleh
The Malaysian Invention and Design Society
(MINDS)
adalah merupakan platform pengiktirafan bagi pencipta dan hasil ciptaan
yang menunjukkan kecemerlangan dalam produk.
Objektif pameran ITEX 2017 adalah untuk mewujudkan platform bagi
penyelidik dan saintis untuk mempamerkan produk ciptaan mereka bagi
menarik pelabur yang berpotensi serta meningkatkan dan menggalakkan
penyelidikan dan pembangunan antara industri dengan institusi
penyelidikan.
Penyertaan UPNM dalam pameran ITEX 2017 adalah merupakan peluang
penting untuk memberi pendedahan kepada penyelidik, mewujudkan
peluang pemasaran, kerjasama dan perkongsian ilmu dengan organisasi-
organisasi tempatan dan antarabangsa. Di samping itu, pameran ITEX
2017 juga mengiktiraf dan menyediakan anugerah kepada penyelidik
dan saintis yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengkomersialan
penyelidikan dan pembangunan produk serta perkhidmatan. Antara
anugerah dan pencapaian yang telah dirangkul oleh penyelidik daripada
UPNM adalah seperti di Jadual 41.
Jadual 41: Senarai Penerima Anugerah Sempena Pameran ITEX 2017
Bil.
Fakulti/ Pusat
Penerima Anugerah Emas
Nama Penyelidik
Tajuk Produk
1.
2.
3.
4.
5.
Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan
Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan
Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan
Smart Glass Mobile Tactical HCI
High Speed Mission Critical Multiple
Clients/Single Server Operation Failure
Detection and Recovery System
Survival Water Filter Using “Curcuma
Longa” Filteration
Heave Buoy Wave Energy Converter
Eco-Friendly Bioplastic-Titania
Nanofibers Capable of Simultaneous
Adsorption and Photocatalytic
Degradation of Organic Pollutants
Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff
bin Syed Zakaria (Bersara)
Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff
bin Syed Zakaria (Bersara)
En. Mohamad Azani bin Yahya
En. Mohamad Abu Ubaidah Amir bin
Abu Zarim
Dr. Nanthini Sridewi A/P Appan
booklayout.indd 84
7/24/18 11:02 AM