Previous Page  89 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 89 / 174 Next Page
Page Background

88

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

PAMERAN

DEFENCE, SECURITY AND SUSTAINABILITY

(DSS) TAHUN 2017

Pameran

Defence, Security and Sustainability

(DSS) merupakan pameran penyelidikan dan inovasi

peringkat UPNM yang diadakan dua (2) tahun sekali. Selaku penganjur, Pusat Pengurusan Penyelidikan

dan Inovasi (PPPI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) berhasrat untuk menyediakan platform dan medium kepada para penyelidik di

UPNM mempamerkan dan menonjolkan hasil penyelidikan mereka terutamanya dalam

nic

pertahanan

dan keselamatan. Namun begitu, pameran ini tidak sahaja terhad kepada

nic

tersebut, malahan turut

menggalakkan penyertaan daripada bidang yang lain.

Tahun 2017 UPNM melakar sejarah dengan menjalinkan kerjasama dengan Maktab Tentera Diraja

(MTD) bagi menganjurkan Pameran DSS 2017 pada 10 hingga 11 Julai 2017 dan

International RMC

Young Scientists Conference and Exhibition

2017 (i-RYSCE 17) pada 11 hingga 14 Julai 2017. Acara

yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan dan galakkan yang sangat hebat dengan kehadiran

peserta-peserta daripada IPT dan agensi luar serta 10 buah negara lain termasuklah India, Indonesia, Sri

Lanka dan Filipina. Pameran ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar daripada sekolah-sekolah di

kawasan Lembah Klang dan juga pelawat luar.

Upacara perasmian Pameran DSS 2017 dan i-RYSCE ‘17 telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) , YBhg Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj Yahaya pada

11 Julai 2017 di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari, UPNM. Perasmian ini juga turut dihadiri oleh Naib

Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima

Hj. Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Brigedier Jeneral Raja

Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM, Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Brigedier Jeneral Mohd

Shahada bin Ismail TUDM serta dif-dif kehormat yang lain.

DSS 2017 yang bertemakan “Moving Towards Translational Research” yang telah dianjurkan dengan

jayanya telah menerima penyertaan sebanyak 85 produk yang terdiri daripada penyelidik UPNM,

Kementerian Pertahanan dan Universiti Kuala Lumpur. Statistik penyertaan DSS 2017 mengikut kategori

adalah seperti berikut:

a)

Fundamental Research

(Science & Technology) - 12 penyertaan

b)

Fundamental Research

(Non- Science & Technology - 22 penyertaan

c)

Applied Research

(Science & Technology) - 23 penyertaan

d)

Applied Research

(Non- Science & Technology) - 5 penyertaan

e)

Innovative Product

- 23 penyertaan

penyelidikan dan inovasi

booklayout.indd 88

7/24/18 11:02 AM