Previous Page  87 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 87 / 174 Next Page
Page Background

86

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

penyelidikan dan inovasi

PAMERAN

PENYELIDIKAN

INNOVATION

TECHNOLOGY EXPO

(INTEX) 2017 BERTEMPAT

DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

Pada 17 hingga 18 Mei 2017, Pusat Pengurusan

Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia telah berpeluang

untuk menyertai pameran INTEX 2017 anjuran

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). INTEX

2017 kali ini mempertaruhkan hanya satu produk

penyelidikan daripada seorang penyelidik dan

lebih membanggakan produk tersebut telah

mendapat anugerah pingat emas. Kejayaan ini

amat membanggakan buat warga UPNM khasnya

PPPI. Senarai nama pemenang adalah seperti di

Jadual 42.

Jadual 42: Senarai nama pemenang pameran INTEX 2017.

Bil.

Fakulti/ Pusat

Penerima Anugerah Emas

Nama Penyelidik

Produk

1.

Fakulti Kejuruteraan

D-AC (Defence Anticancer

Composition)

Prof. Madya Dr. Azizi bin Miskon

PAMERAN

LANGKAWI

INTERNATIONAL

MARITIME AND AEROSPACE

(LIMA ’17)

Pada 21 hingga 25 Mac 2017, telah berlansung

Pameran

Langkawi International Maritime and

Aerospace Exhibition

(LIMA ’17). Pameran ini

merupakan pertunjukan terbesar seumpamanya di

rantau Asia Pasifik dengan membariskan peserta

dan pembekal antarabangsa di dalam bidang

maritim dan aero angkasa dengan sokongan

daripada industri elit, pegawai kanan kerajaan

serta perwakilan daripada tentera dan awam dan

penggerak industri.

LIMA adalah satu pertunjukan yang diadakan

dua tahun sekali sejak tahun 1991. Acara

ini merupakan satu platform di mana pihak

berkepentingan di dalam industri berkaitan

boleh melibatkan diri dan melebarkan jaringan

ke arah mewujudkan perkongsian dan perjanjian

perniagaan. Persidangan dan rundingan meja

bulat yang berwawasan serta forum perniagaan

menawarkan kepada para peserta peluang

maklumat bagaimana untuk mengekalkan

perniagaan di dalam persaingan masa kini serta

merebut peluang baharu di dalam pasaran yang

dinamik di rantau Asia Pasifik.

booklayout.indd 86

7/24/18 11:02 AM