Previous Page  81 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 81 / 174 Next Page
Page Background

80

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

penyelidikan dan inovasi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah ditubuhkan pada 2011 yang

bertanggungjawab menguruskan hal ehwal penyelidikan dan inovasi Universiti. Penubuhan pejabat ini

adalah untuk menyokong matlamat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam mengukuh

dan memantapkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) sebagai sebuah

Universiti Komprehensif.

Misi pejabat ini adalah untuk memastikan UPNM berdaya saing bersama Universiti Awam yang lain di

dalam penyelidikan dan inovasi dan memberi sokongan sepenuhnya kepada aktiviti R&D&C melalui entiti di

bawahnya iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dan tujuh (7) Pusat Kecemerlangan (CoE).

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah ditubuhkan pada 2010 yang pada asalnya

bergabung bersama Pusat Pengajian Siswazah. PPPI berperanan untuk mengurus, menggerakkan dan

menggiatkan usaha R&D&C untuk meningkatkan produktiviti bagi penghasilan penemuan baharu dan

output penyelidikan yang berkualiti. Selain itu, PPPI juga berperanan untuk meningkatkan kerjasama

R&D&C dengan agensi awam dan sektor swasta terutamanya untuk mendapatkan geran baharu,

menjalin hubungan dengan industri dan mengkomersilkan hasil penyelidikan.

PPPI terdiri daripada lima (5) bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian

Geran Penyelidikan, Bahagian Pemantauan Penyelidikan dan Bahagian Pra-Komersilan seperti berikut:

FUNGSI UTAMA

BAHAGIAN

Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan kewangan Pusat.

Menguruskan permohonan geran, menyelaras aktiviti penyelidikan.

Memantau pencapaian projek penyelidikan.

Memantau dan menggerakkan aktiviti berkaitan Teknologi Hijau di

UPNM

Melaksanakan perlindungan harta intelek dan menjadi

entity

pengantara pengkomersilan di antara UPNM dan UPNM Holdings

Sdn Bhd.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian Geran Penyelidikan

Bahagian Pemantauan Penyelidikan

Teknologi Hijau

Bahagian Inovasi dan Pra-Komersilan

booklayout.indd 80

7/24/18 11:02 AM