

76
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
ketenteraan
(7) Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS).
Latihan ini dilaksanakan setiap hari Jumaat mulai jam
1500 hingga 1800 bagi melengkapkan jam kredit untuk ditauliahkan. Latihan ini menjurus
kepada Tempur Tanpa Senjata (TTS). Ianya dilaksanakan dengan menjemput jurulatih dari luar
yang berkelayakan. Setiap Pegawai Kadet akan diuji bagi mempertingkatkan gred tali pinggang
mereka dari masa ke semasa. Objektif ini adalah untuk membolehkan mereka mencapai gred
tali pinggang hitam apabila ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Tentera. Penyata TTS bagi
Tahun 2017 adalah seperti di Jadual 37.
Jadual 37: Penyata TTS Bagi Tahun 2017.
(8) UKA.
Ujian Kecergasan Asas (UKA) dilaksanakan
sebanyak 2 kali setahun iaitu Ujian Penggal
Pertama pada bulan Januari dan Ujian Penggal
Kedua pada bulan Jun. Ujian-ujian tersebut
adalah seperti larian jarak 2.4km, bangun tubi,
lompat jauh berdiri, lari ulang alik 4 x 10m dan
mendagu. Bagi lelaki markah lulus 19 markah
dan perempuan 14markah dari 25markah penuh.
(9) Ujian Renang.
Ujian renang dilaksanakan sekali
setahun merangkumi berenang pada jarak
50m dan perapungan 3 minit. Bagi mereka
yang gagal ujian ini latihan susulan dibuat dan
mereka akan diuji semula. Pada peringkat awal,
semua Pegawai Kadet akan diuji kemampuan
berenang. Seterusnya, kumpulan yang tidak
boleh berenang atau mereka yang lemah
akan diberi latihan sehingga mencapai tahap
yang telah ditetapkan. Semua pegawai kadet
diwajibkan mengikuti latihan ini.
(10) BMI Pegawai Kadet.
Latihan intensif telah
direncana khas kepada Pegawai Kadet yang
mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi
kadar index 25 ke atas. Latihan ini dijalankan
pada setiap hari isnin hingga khamis mulai jam
1730 hingga 1830.
GRED
JUMLAH
TALI PINGGANG
CATATAN
1 DAN
1 DAN
1
4
6
8
9
47
119
394
272
208
227
1267
Hitam
Hitam
Merah
Biru
Kuning
Kuning
Putih
2011
2012
2013
2014
2015
2016
JUMLAH
booklayout.indd 76
7/24/18 11:02 AM