Previous Page  23 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 23 / 174 Next Page
Page Background

22

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

penarafan universiti

PENARAFAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Sepanjang tahun 2017, Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila banyak

kejayaan universiti telah diperoleh di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa.

Antara pencapaian yang membanggakan bagi tahun 2017 adalah

kejayaan universiti dalamPenarafan Universiti dan Kolej Universiti

(SETARA) iaitu UPNM telah mendapat Penarafan 5 Bintang buat

julung kalinya sejak penubuhan pada tahun 2006.

Untuk penarafan sistem data, UPNM telah memperolehi

pengiktirafan 4.5 bintang dalam Sistem Pengumpulan

Data Universiti Awam (MyMohes). Data ini diberi penarafan

berdasarkan kesempurnaan dan kualiti data merangkumi data

pelajar, data staf, data R&D&C dan data institusi.

UPNM juga memperoleh pencapaian 100% dalam kajian soal

selidik

Malaysian Soft Skills Scale

(My3S) hasil kerjasama

daripada semua pelajar tahun 1 UPNM. Manakala, pencapaian

1

Nation Prospect

dari segi pengemaskinian maklumat kepakaran

pensyarah adalah mencapai 89% setakat Disember 2017.

Selain daripada itu, UPNM telah disenarai pendek sebagai 3

Finalis Tertinggi untuk Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan

(AIPK) 2017 peringkat kebangsaan. 8 agensi termasuk UPNM

telah disenarai pendek oleh panel penilai AIPK. Kejayaan ini

amat membanggakan buat warga UPNM khasnya Jabatan

Bendahari. Pihak UPNM telah menghantar Borang Pencalonan

dan Laporan AIPK 2017 bagi Inovasi “SAGA Financial Monitoring

System”. Seterusnya telah terpilih untuk sesi pembentangan dan

taklimat inovasi kepada panel penilai AIPK pada 17 Julai 2017

di Kementerian Kewangan Malaysia. Pada 20 Julai 2017, UPNM

telah menerima Lawatan Penilaian Anugerah Inovasi Pengurusan

Kewangan (AIPK) 2017 oleh Kementerian Kewangan Malaysia

yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPNM.

Pencapaianpenyelidikanpula, selaindaripadapengiktirafanpingat

dalam pameran-pameran penyelidikan, UPNM telah mendapat

kedudukan ke-26 (dunia) antara 119 Institusi Keselamatan dan

Pertahanan dalam Penerbitan Jurnal Scopus dan Kedudukan

ke-23 (negara). Kemudiannya, kedudukan ke-652 (dunia) dalam

Ranking SCIMAGO. Manakala,

Malaysia Research Landscape

-Research Intelligence by Elsevier, Singapore

melaporkan bahawa

UPNM telah meningkat secara drastik dalam FWCI pada tahun

2017 berbanding dengan UA yang lain. UPNM turut menerima

tontonan sebanyak 9.7k

views

di Media Sosial YB Menteri KPT

untuk

Video Blockbuster Research 2017

.

Seterusnya, untuk pencapaianKumpulan Inovatif danKreatif (KIK),

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengekalkan

kecemerlangan tahun 2016 apabila sekali lagi cemerlang dalam

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat

Universiti Awam Tahun 2017 kali ke-13 yang diadakan pada 01

booklayout.indd 22

7/24/18 10:58 AM