Previous Page  27 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 27 / 174 Next Page
Page Background

26

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

mahasiswa berkualiti

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK (BPA)

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah ditubuhkan

selari dengan penubuhan Universiti pada tahun 2007.

Objektif penubuhan BPA adalah untuk memastikan

urusan pengambilan dan kemasukan pelajar, pendaftaran

kursus, maklumat rekod, peperiksaan dan pengijazahan

diuruskan dengan berkesan seiring dengan matlamat dan

objektif Universiti. BPA juga merupakan bahagian yang

bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan

segala dasar berkaitan hal ehwal akademik di UPNM dan

menjadi urus setia bagi Mesyuarat Senat Universiti. UPNM

ditubuhkan bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam

untuk keperluan keselamatan pertahanan negara.

Program Pengajian yang Ditawarkan

Pada tahun 2017 terdapat 3 Program Asasi Pertahanan, 13

Program Sarjana Muda (tambahan 2 program baharu) dan

3 Program Diploma (tambahan 1 program baharu) yang

ditawarkan di UPNM. Maklumat program tersebut adalah

seperti berikut:

1) Program Pengajian Asasi Pertahanan

• Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470)

• Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220)

• Asasi Perubatan (Z0080)

2) Program Pengajian Diploma

• Diploma Pentadbiran Perniagaan (Z2229)

• Diploma Pengurusan Logistik (Z2280)

• Diploma Ketangkasan Pertahanan (Z2038)

3) Program Pengajian Sarjana Muda

• Sarjana Muda Sains Komputer (SistemCerdas) (ZC20)

• Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem

Komputer) (ZC27)

• Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)

• Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan

Pengangkutan Maritim (ZG57)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

(Komunikasi) (ZK25)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

(Kuasa) (ZK50)

• Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00)

• Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)

• Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia

Pertahanan (ZP45)

booklayout.indd 26

7/24/18 10:58 AM