

18
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
LAPORAN NAIB CANSELOR 2017
Tahun 2017 merupakan kesinambungan kepada
penghasilan rangkaian kecemerlangan Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia. Pelbagai siri
kejayaan ini bertitik tolak daripada pengukuhan
asas landasan trajektori sinergi yang dicipta
bersama-sama seluruh Warga Universiti. Pada
tahun ini, tema ‘Kelestarian Relevansi Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia’ telah diangkat
sebagai agenda utama Universiti. Seperti tahun-
tahun yang lalu, keseluruhan aspek dalam
ekosistemUniversiti termasuk governan dan tadbir
urus, pemerkasaan akademik, penyelidikan dan
inovasi, pembangunan sahsiah pelajar dan staf,
kerjasama strategik, serta pengantarabangsaan
digarap dan sentiasa dipastikan tujuannya bagi
memenuhi dan mengekalkan maksud asal
penubuhan Universiti yang fokus dalam bidang
tujahan Keselamatan dan Pertahanan.
Hal ini memberikan keyakinan dan semangat
kepada seluruh warga Universiti untuk terus
memberikan khidmat bakti, berkongsi visi dan
misi, serta menterjemahkan amanah yang telah
diberi oleh pemegang taruh dengan sepenuh
hati dan rasa bangga. Secara ringkasnya, tema
‘Kelestarian Relevansi’ menuntut akan migrasi
sikap, minda dan tenaga warga Universiti secara
positif bagi menentukan transformasi dan
perancangan strategik terlaksana dan berterusan.
Secara relatifnya, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia yang baru menjangkau usia 11 tahun
tentulah dikira masih muda dalam konteks
sebuah institusi ilmu. Namun begitu, keterbukaan,
penerimaan dan adaptasi Universiti ini terhadap
perubahan arus perdana berjaya mencorak dan
mengukuhkan bidang tujahan yang diamanahkan.
Dalam merealisasikan tema tersebut juga,
seluruh warga dituntut untuk menilai semula dan
menghayati fokus terhadap
end state
Universiti
iaitu untuk melahirkan graduan
Intellectual
Leaders of Character
. Dalam merealisasikan
hasrat ini, Universiti sentiasa berpandukan
kepada dasar dan polisi yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mana
diperkukuhkan lagi dengan sistem sokongan lain.
Ini termasuklah 10 Lonjakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-
2025. Perkara-perkara yang penting yang telah
digariskan berpaksi kepada tema ‘Kelestarian
Relevansi’ adalah seperti berikut:
i.
Penghayatan Falsafah, Visi danMisi Universiti;
ii.
Keperluan memenuhi ‘KPI’ berdasarkan 10
Lonjakan PPPM(PT) 2015-2025;
iii. Pemerkasaan akademik (akreditasi dan
pembangunan program akademik baharu);
iv. Pemerkasaan pembangunan holistik pelajar
termasukdalamakademik, sukan, kepimpinan,
kesukarelawanan, dan keusahawanan;
v.
Pengukuhan penyelidikan dan inovasi
termasuk perolehan dana penyelidikan,
pendaftaran
hakcipta
dan
intellectual
property
, serta pengkomersilan produk hasil
penyelidikan;
vi. Pemerkasaan
Centre of Excellent
(COE) dan
pewujudan COE baharu. Ini termasuklah
usaha dan persediaan menaiktaraf COE
kepada HICOE;
vii. Pengukuhan aspek pengantarabangsaan
universiti;
viii. Keperluan untuk memenuhi ekspektasi
pemegang taruh iaitu Kementerian Pendidikan
Tinggi dan Kementerian Pertahanan;
laporan naib canselor
booklayout.indd 18
7/24/18 10:58 AM