Previous Page  20 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 20 / 174 Next Page
Page Background

19

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

ix. Penglibatan akademia dalam menawarkan

khidmat konsultansi dan nasihat kepakaran

dalam pembangunan polisi serta dasar

kerajaan;

x. Kerjasama strategik bersama pihak industri/

universiti dalam & luar negara; dan

xi. Pengekalan dan peningkatan prestasi dalam

sistempenarafan (SETARA, MYRA, MYMOHES

dan lain-lain)

Selain itu, dalam usaha memperkukuhkan bidang

tujahan Keselamatan dan Pertahanan, beberapa

lagi Pusat Kecemerlangan telah ditubuhkan iaitu:

i.

Pusat Kajian Pentropikalan;

ii.

Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia;

iii. Pusat Penyelidikan Pengurusan Bantuan

Kemanusiaan Dan Peredaan Bencana (HADR);

dan

iv. Pusat Wilayah Undang-Undang Tentera Dan

Undang-UndangKemanusiaanAntarabangsa.

Tahun 2017 juga menyaksikan kejayaan manis

yang penuh bersejarah apabila Universiti

laporan naib canselor

Pertahanan Nasional Malaysia telah berjaya

memperolehi penarafan 5 Bintang

Emerging

University Category

dalam Sistem Penarafan

Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA).

Selain itu, Universiti juga turut berbangga apabila

berjaya memperolehi pencapaian 5 Bintang dalam

Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) oleh

Jabatan Audit Negara bagi tahun 2016. Selain

itu, pelbagai lagi siri kejayaan seperti mana yang

terkandung di dalam Laporan Tahunan UPNM

2017 ini merupakanmanifestasi semangat seluruh

warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

untuk terus mengukuhkan kedudukan Universiti di

persada nasional dan antarabangsa.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih di atas

kerjasama, sokongan serta usaha gigih yang telah

diberikan oleh semua pihak terutamanya kepada

seluruh warga Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia dan Akademi Latihan Ketenteraan,

Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ahli-ahli

Senat, Pegawai Pengurusan Tertinggi Universiti,

Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian

Pertahanan, barisan kepimpinan Kerajaan

Malaysia serta seluruh pelajar. Semoga semua

usaha-usaha ke arah mencapai kecemerlangan

akan dipermudahkan, direstui dan beroleh

kerahmatan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Saya yakin bahawa gandingan kerjasama ini akan

sentiasa berterusan dan diperkukuhkan demi

melihat UPNM terus mencapai kecemerlangan

pada tahun-tahun yang akan datang. In Shaa

Allah.

Sekian, salam hormat.

“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”

TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA PROF. HJ

ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN

Jeneral

Naib Canselor

booklayout.indd 19

7/24/18 10:58 AM