Previous Page  23 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 23 / 140 Next Page
Page Background

22

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

Mahasiswa berkualiti

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK (BPA)

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah

ditubuhkan selari dengan penubuhan Universiti

pada tahun 2007. Objektif penubuhan BPA adalah

untuk memastikan urusan pengambilan dan

kemasukan pelajar, pendaftaran kursus, maklumat

rekod, peperiksaan dan pengijazahan diuruskan

dengan berkesan seiring dengan matlamat dan

objektif Universiti. BPA juga merupakan bahagian

yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan

melaksanakan segala dasar berkaitan hal ehwal

akademik di UPNM dan menjadi urus setia bagi

Mesyuarat Senat Universiti. UPNM ditubuhkan bagi

mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk

keperluan keselamatan pertahanan negara.

Program Pengajian yang Ditawarkan

Pada tahun 2016 terdapat 3 Program Asasi

Pertahanan, 11 Program Sarjana Muda dan

pertambahan 2 Program Diploma yang ditawarkan

di UPNM. Maklumat program tersebut adalah

seperti berikut:

1)

Program Pengajian Diploma (Baru ditawarkan

pada tahun 2016)

• Diploma Pentadbiran Perniagaan (Z2229)

• Diploma Pengurusan Logistik (Z2280)

2)

Program Pengajian Asasi Pertahanan

• Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470)

• Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220)

• Asasi Perubatan (Z0080)

3)

Program Pengajian Sarjana Muda

• Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem

Cerdas) (ZC20)

• Sarjana

Muda

Sains

Komputer

(Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)

• Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

(ZK08)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik (Komunikasi) (ZK25)

• Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik (Kuasa) (ZK50)

• Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00)

• Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)

• Sarjana Muda Pengurusan Sumber

Manusia Pertahanan (ZP45)

• Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan

Komunikasi Silang Budaya) (ZB03)

Pengambilan Pelajar Bagi Program Pengajian

Diploma, Asasi Pertahanan dan Sarjana Muda

Bagi Sesi Akademik 2016/2017

Pada tahun 2016, UPNM telah membuat

pengambilan seramai 96 orang pelajar Program

Pengajian Diploma, 632 orang pelajar bagi Program

Pengajian Asasi Pertahanan dan 647 orang pelajar

bagi Program Pengajian Sarjana Muda. Jadual 1

menunjukkan pecahan pelajar mengikut program

dan jantina bagi ketiga-tiga program pengajian.

mahasiswa berkualiti