

18
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
Laporan Naib Canselor
Laporan Naib Canselor
Alhamdulillah, setelah sedekad usia
penubuhannya sejak 2006, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
telah berjaya melalui fasa-fasa penting
dalam evolusi pendidikan tinggi. Dalam
tempoh itu, perkembangan universiti ini
dikemudikan seiring dengan kemajuan
teknologi yang menuntut transformasi
menyeluruh,
sekaligus
berupaya
menempatkan diri dalam kalangan
Universiti Awam tersohor. Tahun 2016 juga
telah menyaksikan kesinambungan kepada
landasan trajektori sinergi yang memacu
perkembangan universiti, baik dari segi
kualiti mahasiswa, akademia, urus tadbir,
serta amalan akauntabiliti dan integriti.
Asas yang telah dicipta sepanjang tahun-
tahun yang sebelumnya terbukti semakin
kukuh dengan terhasilnya rangkaian
kecemerlangan. Atas keyakinan dan
semangat seluruh warga universiti untuk
terus berkhidmat serta berkongsi visi
dan misi, usaha ke arah menterjemahkan
amanah yang telah diberi oleh pemegang
taruh didukung dengan penuh rasa
bangga. Keterbukaan, penerimaan dan
adaptasi universiti ini terhadap perubahan
arus perdana juga telah berjaya mencorak,
mengukuhkan, dan mengekalkan relevansi
dalam bidang tujahan yang diamanahkan.
Melalui pedekatan urus tadbir secara
korporat berkonsepkan musyawarah,
segala maklumat yang tepat disampaikan
kepada staf di peringkat pengurusan dan
pelaksana. Ini bertujuan untuk memastikan
penglibatan staf secara menyeluruh
dan seterusnya memastikan universiti
ini mencapai status institusi pendidikan
bertaraf dunia, dinamik, proaktif, berinovasi
dan berdaya saing dalam menghadapi
cabaran masa kini.
Selain itu, dalam menyuntik sinergi baharu
seiring dengan keperluan semasa, barisan
kepimpinan UPNM amat menekankan
penerapan amalan tadbir urus yang
merangkumi sistem nilai berdasarkan
kebertanggungjawaban,
ketelusan,
akauntabiliti dan responsif dalam urusan
pentadbiran harian. Sinergi positif melalui