Previous Page  20 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 20 / 140 Next Page
Page Background

19

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

Laporan Naib Canselor

kekuatan spiritual dan ilmu yang berteraskan nilai-nilai

murni sudah pasti akan mewujudkan persekitaran

kerja yang menjunjung tinggi semangat ukhuwah,

keterangkuman, kelestarian dan kecemerlangan

sebagai asas dalam melunaskan amanah.

Dalam usaha memperkukuhkan bidang tujahan

keselamatan dan pertahanan, pelbagai usaha

telah dan sedang dilaksanakan dengan mengambil

kira perluasan dan pembangunan kapasiti serta

keupayaan universiti. Transformasi yang sedang

direncanakan mengambil kira keseluruhan aspek

di dalam ekosistem universiti. Ini termasuklah

pengukuhan kualiti governan dan tadbir urus,

pemerkasaan akademik, pemerkasaan penyelidikan

dan inovasi, pembangunan kepimpinan dan sahsiah

pelajar, akauntabiliti dalam pengurusan kewangan,

kerjasama strategik bersama industri dan institusi

terkemuka dunia, serta pengantarabangsaan

universiti.

Dalam menzahirkan hasrat dan aspirasi universiti,

barisan lembaga pengarah terus mengemudi

proses pembangunan dan perluasan kapasiti

UPNMmengikut acuannya yang tersendiri. Pelbagai

usaha juga telah dilakukan dengan kerjasama

dari pelbagai pihak dalam memperkembangkan

tujahan keselamatan dan pertahanan. Usaha ini

telah pun dirintis dengan termaktubnya kerjasama

di antara UPNM dan International Policing And

Justice Institute (University of Derby) pada bulan

Februari 2016 bagi penawaran program dengan

Polis Diraja Malaysia. Penubuhan ‘Kursi Pengajian

Keselamatan’ University of Derby-UPNM di bawah

usahasama ini akan mengukuhkan lagi kedudukan

UPNM sebagai universiti befokus. Selain itu, pada

tahun 2016, UPNM juga telah menubuhkan Kursi

Kepimpinan melalui dana daripada Lembaga

Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berjumlah

RM 1 juta yang dikhususkan bagi membiayai

pembangunan program dan aktiviti kepimpinan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, UPNM sentiasa

mencari ruang dan peluang menjalinkan kerjasama

strategik baharu bersama pihak industri dan

institusi terkemuka dari dalam dan luar negara.

Sehingga kini, secara kumulatifnya UPNM telah

berjaya menjalin kerjasama program akademik

melalui offset bersamaan dengan jumlah melebihi

RM 80 juta. Ini termasuklah kerjasama program

akademik bersama syarikat berteknologi tinggi

seperti Thales International (United Kingdom), BAE

Systems (United Kingdom), Denel (Afrika Selatan),

Ecole Centrale De Nantes (Perancis) dan DCNS

(Perancis).

Selain itu, sepanjang tahun 2016 pelbagai kejayaan

telah dikecapi hasil daripada usaha gigih seluruh

warga UPNM termasuklah para akademia, staf

pentadbiran serta para pelajar. Antaranya, UPNM

berjaya meraih sebanyak 10 anugerah pingat

emas, 10 pingat perak dan 13 pingat gangsa dalam