Previous Page  21 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 140 Next Page
Page Background

20

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

Laporan Naib Canselor

pertandingan penyelidikan termasuk Malaysia

Technology Expo (MTE) 2016, International

Invention & Innovation Exhibition (ITEX’16) dan

International Trade Fair Ideas-Inventions-New

Products (iENA 2016 Nuremberg Germany).

UPNM juga turut berbangga dengan pelbagai

siri kejayaan-kejayaan lain yang telah dikecapi

sepanjang tahun 2016 antara kejayaan yang amat

membanggakan termasuklah:

i)

Berjaya mencatat peratusan keboleh pasaran

graduan sebanyak 94.32%.

ii)

Universiti Awam ke-4 yang telah berjaya

memperolehi Sijil Pematuhan Standard

Accounting System for Government Agencies

(SAGA) oleh Jabatan Akauntan Negara

Malaysia.

iii) Berjaya merangkul 1 pingat emas, 1 pingat

perak dan anugerah khas juri di Konvensyen

KIK Peringkat Universiti Awam 2016.

iv) Seorang pelajar UPNM iaitu Pegawai Kadet

Mohd Syafiq Bin Rusli yang mewakili Malaysia

telah berjaya menduduki tempat ke-3 di

Kejohanan World Championships Powerman

Zofingen LongDistanceDuathlon (Switzerland).

v)

2 orang pelajar UPNM iaitu Siti Najwa binti

Rashid dan Nur Syahirah binti Zulkifli telah

berjaya merangkul pingat gangsa bagi sukan

menembak acara Air Rifle (berpasukan

wanita) di Kejohanan Asean University Games

(Singapura).

vi) UPNMtelahberjayamerintiskerjasamastrategik

bersama pihak agensi penguatkuasaan Maritim

Malaysia (APMM), Syarikat As AERO (Malaysia)

dan Syarikat Widgetworks (Singapura)

dalam penyelidikan dan komersialisasi serta

penyelidikan doktrin dan operasi kegunaan

airfish 8 (Ruggedization - Military).

vii) UPNM juga telah berjaya merintis kerjasama

dalam pembangunan Earth and Sea

Observation System (EASOS) yang diketuai

oleh United Kingdom Satellite Application

Catapult. Projek ini disokong sepenuhnya

dan dijayakan bersama oleh 24 jabatan

dan agensi kerajaan. Projek yang dibiayai

sepenuhnya oleh Uk Space Agency (UKSA)

ini turut mendapat kerjasama dari Agensi

Angkasa Negara Malaysia, Agensi Pengurusan

Bencana Negara, Jabatan Pengairan dan

Saliran, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Pada tahun-tahun mendatang, UPNM akan terus

mengorak langkah berani dalam merealisasikan

cita-cita tinggi yakni melahirkan graduan “intellectual

leaders of character”. Justeru, UPNM akan terus

bergerak dan berkembang di atas paksi dan

landasan sebagaimana yang diamanahkan oleh

pemegang taruh. Dalam merealisasikan hasrat ini,

UPNM juga sentiasa berpandukan kepada dasar

dan polisi yang diperkenalkan oleh Kementerian

Pendidikan Tinggi yang mana diperkukuhkan lagi

dengan sistem sokongan lain. Ini termasuklah 10

lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama,

sokongan serta usaha gigih yang telah diberikan

oleh semua pihak terutamanya kepada seluruh

warga UPNM, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah

Universiti, Ahli-Ahli Senat, Pegawai Pengurusan

Tertinggi Universiti, Kementerian Pendidikan

Tinggi,

Kementerian

Pertahanan,

barisan

kepimpinan kerajaan Malaysia serta seluruh pelajar.

Semoga semua usaha-usaha ke arah mencapai

kecemerlangan akan dipermudahkan, direstui

dan beroleh kerahmatan dari-Nya, seterusnya

seluruh warga UPNM akan dapat berganding bahu

meneruskan perjuangan ini sebagai satu amanah.

Sekian.

Salam Hormat.

"KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI"

Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj

Zainal Abidin

Jeneral

Naib Canselor