

78
|
w w w . u p n m . e d u . m y
penyel idikan
dan inovasi
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
Produk
Pendekatan Al-
Hikmah Menurut
Perspektif Islam
sebagai Metod
Dakwah dalam
Ketenteraan
Statutory Vesting
(Perletahakan
Berkanun):
Instrumen Baru
Dalam Pendaftaran
Tanah Wakaf di
Malaysia
Nama Penyelidik
En. Redwan bin Yasin
Prof. Madya Dr. Sayuti bin Ab.
Ghani
Bil.
7.
8.
Anugerah
Gangsa
Gangsa
Ringkasan Produk
Dakwah Islamiyyah adalah merupakan elemen
utama dalam konteks perkembangan syariat
Islam. Pada masa kini, tanggungjawab
dakwah perlulah dilaksanakan dengan
menitikberatkan pendekatan al-Hikmah bagi
menjamin keberkesanan dan keberhasilan
proses penyampaian dakwah samada
terhadap sesama muslim mahupun golongan
bukan Islam. Tugasan sebagai seorang
Dai’e yakni pendakwah tidak hanya terbatas
kepada sesetengah golongan sahaja, malah
ianya tertakhluk kepada keseluruhan umat
Islam untuk menyeru kepada al-Ma’ruf
(kebaikan) dan mencegah setiap al-Munkar
(kemungkaran). Penerapan falsafah dakwah
tersebut seharusnya diperluaskan sebagai suatu
metode dakwah dalam bidang ketenteraan
Islam, memandangkan kepentingannya dalam
mempertahanan kedaulatan negara dan
menegakkan syiar Islam. Oleh yang demikian,
penyelidikan yang dijalankan adalah bertujuan
untuk mengenalpasti pendekatan al-Hikmah
dalam skop dakwah Islamiyyah, yang mana
secara dasarnya adalah berpaksikan kepada
kaedah pertuturan dan perbuatan insan.
Seterusnya adalah bagi menjelaskan tentang
aplikasi pendekatan Dakwah bil-Hikmah yang
dapat dipraktikkan dalam ruang lingkup dakwah
ketenteraan. Secara keseluruhannya, metode
penyelidikan yang digunakan adalah berbentuk
kualitatif yang dilaksanakan melalui kaedah
analisis teks dan temubual pakar. Justeru itu,
hasil bagi penyelidikan ini dilihat amat penting
bagi meningkatkan mutu dan kualiti keberhasilan
dakwah Islamiyyah dalam meningkatkan
nilai kerohanian, khususnya dalam kalangan
tentera yang beragama Islam. Hal ini pastinya
akan menjadi pemangkin kepada ketahanan
diri bagi setiap anggota tentera, sekaligus
mampu menyumbang kepada kekuatan sistem
pertahanan secara komprehansif.
Kanun Tanah Negara 1965(Akta 56), seksyen
340(1) telah meletakan pendaftaran adalah segala-
galanya. Pendaftaran merupakan pembuktian
pemilikan di atas semua jenis tanah termasuklah
tanah Wakaf. Statutory Vesting(perletakhakan
berkanun) merupakan salah satu instrument
baru dalam kaedah pendaftaran tanah yang
dikendalikan oleh pejabat tanah. Kaedah
Statutory Vesting ini merupakan salah satu
bentuk yang telah diperuntukkan melalui seksyen
416C Kanun Tanah Negara. Berdasarkan
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan (Bil.8/1999) yang mensyorkan agar
semua Pendaftar Hakmilik dan pentadbir tanah
agar menggunkan kaedah terbaru ini dalam
meletakhakan tanah wakaf kepada Majlis Agama
Islam Negari. Keadah ini mampu menyelesaikan
banyak kes-kes tanah wakaf yang tidak mampu
diselesaikan melalui kaedah biasa sama ada
menerusi pindahmilik mahupun serahan seperti
wakaf lisan dan sebagainya. Oleh itu, kajian
ini akan menjelaskan bagaimana instrument
Statutory Vesting mampu merungkaikan hal-
hal yang berkaitan dengan pendaftaran tanah
wakaf di Negara ini serta dalam masayang
sama pengkaji akan mengemukan cadangan
dalam memantapkan lagi pendaftaran tanah
wakaf di Negara ini. Kaedah pendaftaran melalui
Statutory Vesting ini mampu membantusegala
perkembangan dan perancangan pembangunan
harta wakaf di Negara ini dan akhirnya akan
memberi impak berguna kepada masyarakat Islam
dan seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.