Previous Page  40 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 40 / 134 Next Page
Page Background

40

|

w w w . u p n m . e d u . m y

akt ivi t i dan

pencapaian

mahasiswa

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

Di samping akiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh

sekretariat penganjur dan Jawatankuasa Pelajar,

pihak-pihak Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian di

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia juga turut

sama memeriahkan tapak Konvosari dengan

pameran–pameran hasil penyelidikan terkini

dan juga anugerah-anugerah yang telah dicapai

oleh UPNM yang banyak memberi input dan

pengetahuan kepada pelajar dan juga pengunjung

ibu bapa graduan yang hadir di tapak Program

Konvosari. Penglibatan daripada peniaga-peniaga

luar juga telah menceriakan tapak program dengan

pelbagai jualan.

MINGGU PERKASA JATI DIRI PROGRAM

ASASI

PERTAHANAN,SESI

AKDEMIK

2015/2016

Minggu Perkasa Jati Diri ProgramAsasi Pertahanan,

Sesi Akademik 2015/2016, Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia (UPNM) bagi pengambilan tahun

2015 telah bermula pada 24 Mei 2015 hingga 27

Mei 2015. Seramai 509 pelajar telah terpilih untuk

melanjutkan pengajian mereka di dalam kursus

asasi, membabitkan 500 pelajar bakal pegawai

kadet dan 9 pelajar awam yang akan mengikuti

empat (4) bidang pengajian iaitu Asasi Pengajian

dan Pengurusan Pertahanan, Asasi Kejuruteraan,

Asasi Sains dan Teknologi pertahanan serta Asasi

Perubatan.

MingguPerkasaJatiDiri ini diadakanadalahbertujuan

untuk memberi pendedahan dan kefahaman

kepada pelajar-pelajar baharu untuk mengenali dan

memahami tentang struktur-struktur organisai dan

keperluan-keperluan pelajar yang harus difahami

di sepanjang pembelajaran di universiti. Taklimat-

taklimat yang disediakan berfokus kepada fungsi

dan peranan setiap jabatan-jabatan yang ada di

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Majlis Perasmian Minggu Perkasa Jati Diri Program

Asasi Pertahanan, Sesi Akademik 2015/2016,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

telah dirasmikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri

Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin, Naib

Canselor UPNM. Bersempena dengan majlis

tersebut, Bacaan ikrar daripada pelajar baharu

diadakan di hadapan pengurusan tertinggi,

pegawai kanan, warga pendidik serta pentadbir

UPNM yang turut hadir di majlis tersebut. Bacaan

ikrar merupakan simbolik kepada aku janji pelajar

baharu tentang kepatuhan mereka kepada Akta

Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) serta aku

janji mereka terhadap kecemerlangan mereka di

sepanjang tempoh pengajian di UPNM.