

38
|
w w w . u p n m . e d u . m y
akt ivi t i dan
pencapaian
mahasiswa
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
SOROTAN AKTIVITI
PERKAMPUNGAN PEMIMPIN MAHASISWA PENERUS
GENERASI AL-FATEH IPT 2015 UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
20 OGOS 2015 - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(MPPUPNM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah
menganjurkan Perkampungan Pemimpin Mahasiswa Penerus
Generasi Al-Fateh IPT 2015 yang bermula pada 20 Ogos 2015
hingga 23 Ogos 2015, bertempat di Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia yang dirasmikan oleh YB Dato’ Razali bin
Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Perkampungan Pemimpin Mahasiswa Penerus Generasi Al-
Fateh IPT 2015 ini diinspirasikan daripada program Seminar
Legasi Al-Fateh yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar UPNM
setelah melihat impak positif peserta-peserta seminar tersebut
dalam mencorak keperibadian, kepimpinan, keterampilan, dan
keteguhan jati diri untuk mempertahankan agama, bangsa dan
negara.
Justeru itu, perkampungan ini diadakan dengan objektif untuk
melahirkan mahasiswa yang mempunyai modal kepimpinan
bercirikan Islam, mahir dan profesional dalam pelbagai aspek
selain cemerlang dalam kepimpinan, akademik dan sukan
sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia yang ingin melihat mahasiswa berkepimpinan dan
berkebolehan tinggi. Selain itu, ianya juga memberi pendedahan
dan perkongsian pengalaman yang kreatif kepada mahasiswa
di dalam kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh serta mencari
pemimpin yang bercirikan Sultan Muhammad Al-Fateh di
kalangan mahasiswa itu sendiri. Seramai 350 peserta daripada
Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kolej Komuniti, dan Politeknik
seluruh Malaysia telah hadir menyertai perkampungan ini.
Perkampungan ini merupakan satu program kepimpinan yang
mempunyai keunikan tersendiri daripada program kepimpinan
yang biasa dilalui oleh peserta-peserta kerana pengisian
perkampungan ini adalah bersifat menyeluruh dengan
adanya seminar, pengisian kerohanian, latihan dan simulasi,
serta cabaran fizikal yang wajib dilalui oleh semua peserta.
Perkampungan ini dimulai dengan pengisian mengenali dan
meneroka keperibadian, kepimpinan, keterampilan, dan prinsip
yang dipegang oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sehingga
baginda berjaya menawan sebuah kota yang menjadi rebutan
sekian lama dalam usia yang muda.
Peserta turut didedahkan dengan amalan yang dipraktikkan
oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang amat terkenal dengan
kekuatan spiritual dan kebergantungan kepada Allah SWT
dalam setiap perkara. Antara amalan yang didedahkan kepada
peserta adalah bacaan zikir yang diamalkan baginda setiap