Previous Page  39 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 39 / 134 Next Page
Page Background

w w w . u p n m . e d u . m y

|

39

akt ivi t i dan

pencapaian

mahasiswa

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

kali melalui latihan fizikal dan ianya diaplikasikan oleh peserta

sepanjang program berlangsung. Di samping itu juga, sebagai

simbolik kekuatan spiritual baginda, simulasi tahajjud dan

qiyyammulail di medan tempur turut dilaksanakan bagi memberi

peluang kepada mereka merasai aura semangat juang baginda

sebelum berperang.

Simulasi seterusnya adalah simulasi peperangan menggunakan

strategi peperangan Sultan Muhammad Al-Fateh bagi

memberi gambaran sebenar bagaimana baginda berjaya

menakluk kota Konstantinople. Selain simulasi tersebut, pihak

penganjur juga turut mengadakan Forum Perdana dan Malam

Kebangkitan Islam yang diisi dengan persembahan teater

(situasi peperangan dan kemenangan baginda), persembahan

nasyid oleh kumpulan Far East (artis jemputan), persembahan

marhaban, dan deklamasi puisi oleh pelajar-pelajar UPNM.

KONVOSARI UPNM 2015: “CAPAI GEMILANG”

Konvosari 2015 UPNM bertemakan “Capai Gemilang”

kembali memeriahkan Kampus Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia dengan pelbagai aktiviti dan acara yang telah diatur

bersempena dengan Istiadat Konvokesyen UPNM kali ke-6

pada 23-27 Oktober 2015. Seretariat pelaksana, Bahagian Hal

Ehwal Pelajar dan Alumni sekali lagi menggerakkan program

pada kali ini bersama-sama dengan Jawatankuasa Pelajar

menggembeleng tenaga dan idea bagi menjayakan program

tahunan universiti ini.

Kawasan Parkir Pusat Maritim UPNM telah menjadi lokasi

baharu pada tahun 2015 kerana difikirkan strategik dan

berdekatan dengan Majlis Istiadat Konvokesyen di Dewan Tun

Templer UPNM. Pelancaran Soft Launch Program Konvosari

UPNM 2015 telah dijalankan seminggu lebih awal pada 07

Oktober 2015 bertempat di Kuarters Desa Tun Razak, Kem

Sungai Besi dengan pelbagai aktiviti yang menarik telah

dirancang bagi mempromosikan program-program yang

bakal dijalankan. Program sukaneka, senamrobik bersama

penduduk dan persembahan mini pelajar-UPNM merupakan

promosi yang terbaik bagi mempelawa penduduk sekitar

untuk bersama-sama memeriahkan program Konvosari 2015

UPNM. Program pelancaran soft launch telah disempurnakan

oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

UPNM, Prof. Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din.

Pelbagai aktiviti turut mewarnai Program Konvosari 2015

UPNM sepanjang lima (5) hari, antaranya adalah Forum Bicara

Rasuah Dan Dada, Ragbi Piala Naib Canselor 2015, Car Boot

Sale, Pertandingan IMAC, Ikon Capai Gemilang: Program Teh

Tarik, Senamrobik@Santai Alumni, Seminar Cinta Negara,

Program Akademik @ UPNM, Pameran Kerjaya, Busker’s

Rohani @ UPNM, Kempen Derma Darah, Pameran Kerjaya,

Pertandingan Calisthenic dan Martial Art Performance : Malam

Pendekar UPNM.