Previous Page  133 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 133 / 134 Next Page
Page Background

w w w . u p n m . e d u . m y

|

133

prestas i

kewangan

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

Namun begitu, keputusan muktamad terhadap tuntutan-

tuntutan Plaintif tersebut hanya akan diputuskan oleh pihak

Mahkamah setelah perbicaraan penuh dijalankan. Mahkamah

Tinggi Kota Bharu telah menetapkan beberapa siri pengurusan

kes (case management) yang telah dihadiri oleh pihak Plaintif

dan Defendan sepanjang tahun 2014.

Pada 23 Disember 2014, Mahkamah Tinggi Kota Bharu

telah menetapkan tarikh perbicaraan penuh bagi kes ini

akan diadakan pada 3, 4 dan 5 Februari 2015. Walau

bagaimanapun, UPNM telah dimaklumkan oleh pihak

Mahkamah bahawa tarikh tersebut telah dilapangkan dan satu

tarikh baharu untuk perbicaraan penuh kes ini akan ditetapkan

semula.

b.

Terdapat lagi satu writ saman bagi kes saman no. 22NCVC-

246-05/2014 telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

pada 23 Mei 2014 oleh Plaintif, Lt Kol Sabri bin Salman ke

atas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pihak

Plaintif telah tidak berpuas hati dengan penamatan kontrak

perkhidmatan beliau dengan sebulan notis sebagai Pegawai

Tadbir Gred N48 (lantikan secara kontrak) di UPNM.

Oleh yang demikian, pihak plaintif memohon perintah daripada

Mahkamah seperti berikut:

• Pengambilan balik Plaintif ke posisi dan taraf perkhidmatan

seperti pada masa penamatan perkhidmatan tersebut

dengan bayaran gaji dan elaun yang sama dikira dari tarikh

penamatan perkhidmatan;

• Pampasan atau ganti rugi atas pemecatan salah tersebut

sebanyak RM226,436.88 iaitu bayaran baki wang kontrak

dari penamatan tempoh kontrak tersebut sehingga

penyelesaian tempoh kontrak;

• Wang pampasan sebagai ganti rugi tauladan di mana

jumlah yang ditetapkan oleh Mahkamah;

• Faedah 4% setahun ke atas jumlah tunggakan gaji dan

elaun atau di atas jumlah pampasan atau ganti rugi yang

diawadkan dari tarikh penamatan perkhidmatan sehingga

ke tarikh keputusan ini dan pada kadar 5% setahun dari

tarikh keputusan sehingga tarikh penyelesaian yang

diawadkan tersebut; dan

• Kos tindakan.

• Namun begitu, keputusan muktamad terhadap tuntutan-

tuntutan Plaintif tersebut hanya akan diputuskan oleh

pihak Mahkamah setelah perbicaraan penuh dijalankan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan

beberapa siri pengurusan kes (case management) yang

telah dihadiri oleh pihak Plaintif dan Defendan sepanjang

tahun 2014.

• Pada November 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

telah menetapkan tarikh baru perbicaraan penuh untuk

kes ini akan diadakan pada 20, 21, 26, 27 dan 28 Ogos

2015.