

132
|
w w w . u p n m . e d u . m y
prestas i
kewangan
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
17. MANFAAT KAKITANGAN
18. KOMITMEN MODAL
19. INFORMASI PEKERJA
20. TANGGUNGAN KONTINJEN
a.
Satu kes obligasi perundangan yang dibawa oleh Amin bin Zainal Rasid selaku Plaintif ke
Mahkamah Tinggi Kota Bharu berserta tuntutan kewangan yang diklasifikasikan sebagai
tanggungan kontinjen (Contingent Liability) bagi kes dipukul oleh Defendan Pertama di
bahagian belakang kepala dan telinga yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan
dan kesakitan untuk satu jangka masa yang panjang. Pihak plaintif merupakan seorang
pelajar dan juga Pegawai Kadet UPNM semasa kejadian berlaku.
Satu writ saman bagi kes guaman sivil no. MT(1)22-NCVC-6-02/2014 telah difailkan di
Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 5 Februari 2014 oleh Plaintif, Amin bin Zainal Rasid
ke atas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan 7defendan
yang lain. UPNM adalah Defendan ke tiga. Disebabkan kecederaan yang dialaminya,
Pihak Plaintif telah membuat tuntutan-tuntutan seperti berikut ke atas UPNM dan 7
Defendan yang lain:
• Ganti rugi Khas sebanyak RM63,362.30;
• Ganti rugi Am;
• Ganti rugi Teladan;
• Ganti rugi Teruk; dan
• Faedah 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga
penyelesaian penuh; dan
• Kos tindakan.