

w w w . u p n m . e d u . m y
|
123
prestas i
kewangan
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang dijangka akan digunakan dalam tempoh di mana
aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah digubal atau
digubal sebahagian besarnya pada tarikh lembaran imbangan. Cukai tertunda diiktiraf di
dalam penyata pendapatan, kecuali apabila ia timbul daripada urus niaga yang diiktiraf secara
langsung dalam ekuiti, di mana cukai tertunda juga diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, atau
apabila ia timbul daripada kombinasi perniagaan yang merupakan pengambilalihan, dalam
mana cukai tertunda dimasukkan ke dalam muhibah yang terhasil dan muhibah negatif.
g)
Pembinaan dalam kemajuan
Pembinaan dalam kemajuan yang dilakukan oleh Universiti akan dimodalkan dalam hartanah,
loji dan peralatan setalah pendapat sijil perakuan layak menduduki (Certificate of Fitness (CF)).
Susut nilai tidak dikenakan ke atas bangunan yang masih dalam pembinaan.
h)
Pemiutang
Si piutang dinyatakan pada kos iaitu nilai saksama jumlah yang akan dibayar pada masa depan
untuk belian dan perkhidmatan yang diterima.
i)
Tunai dan Tunai Setara
Penyata aliran tunai telah disediakan menggunakan kaedah tidak langsung. Tunai dan tunai
setara terdiri daripada tunai di tangan dan di bank dan simpanan tetap dengan bank berlesen
dan institusi kewangan yang mempunyai kecairan tinggi yang mana tidak mempunyai risiko
ketara dalam perubahan nilainya.
j)
Kaedah Penyatuan
Penyata kewangan yang disatukan termasuk penyata kewangan syarikat dan subsidiarinya.
Subsidiari adalah entiti di mana Kumpulan mempunyai kuasa untuk melaksanakan kawalan
ke atas polisi-polisi kewangan dan operasi untuk memperoleh manfaat daripada aktiviti-aktiviti
mereka.
Syarikat subsidiari disatukan dengan menggunakan kaedah pengambilalihan perakaunan.
Di bawah kaedah pengambilalihan perakaunan, keputusan syarikat subsidiari yang diambil
alih atau dilupuskan di dalam tahun kewangan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan
yang disatukan dari tarikh pengambilalihan atau sehingga tarikh kuat kuasa pelupusan
mengikut kesesuaian. Aset-aset dan liabiliti syarikat subsidiari dinilai pada nilai saksama pada
tarikh pengambilalihan. Perbezaan antara kos pengambilalihan dan nilai saksama bahagian
Kumpulan dalam aset bersih syarikat subsidiari yang diambil alih pada tarikh pengambilalihan
dimasukkan dalam lembaran imbangan disatukan sebagai muhibah atau muhibah negatif
yang timbul dalam penyatuan.
Urus niaga antara Kumpulan, baki adalah keuntungan tidak direalisasi dihapuskan semasa
penyatuan dan penyatuan penyata kewangan mencerminkan urus niaga luaran sahaja.
Kerugian tidak direalisasi dihapuskan semasa penyatuan melainkan kos tidak boleh diperoleh
semula.
Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan syarikat subsidiari adalah perbezaan di antara
hasil pelupusan bersih dan bahagian Kumpulan dalam aset bersih berserta dengan sebarang
baki muhibah yang belum dilunaskan dan perbezaan pertukaran.
Kepentingan minoriti dalam lembaran imbangan disatukan terdiri daripada minoriti daripada nilai
saksama aset dan liabiliti dikenal pasti yang diperoleh pada tarikh pengambilalihan bahagian
minoriti dalam perubahan ekuiti syarikat subsidiari sejak itu.