Previous Page  122 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 122 / 134 Next Page
Page Background

122

|

w w w . u p n m . e d u . m y

prestas i

kewangan

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

d)

Susut nilai

Susut nilai Hartanah, Loji dan Peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus berdasarkan

jangkaan hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-masing. Tanah hak

milik bebas tidak dilunaskan.

Kadar susut nilai adalah seperti berikut:-

Bangunan & Ubahsuai

2%

Kemudahan/Infrastruktur

10%

Kenderaan

20%

Perabot & Buku teks untuk rujukan

20%

Alat Kelengkapan yang lain

25%

e)

Manfaat Pekerja

i)

Manfaat Jangka Pendek

Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai perbelanjaan dalam

tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja. Pengumpulan ganti rugi

jangka pendek bagi ketidakhadiran seperti cuti tahunan bergaji akan diambil kira apabila

perkhidmatan diberikan oleh pekerja di mana hak mereka terhadap ganti rugi ketidakhadiran

di masa hadapan akan meningkat dan ganti rugi jangka pendek yang tidak dikumpulkan di

atas ketidakhadiran seperti cuti sakit akan dikira apabila ketidakhadiran berlaku.

ii)

Manfaat Jangka Panjang

Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan berbayar

akan diambil kira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja yang mana telah

meningkatkan hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.

iii) Pelan Sumbangan Terancang

Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan di Malaysia membuat

sumbangan kepada skim pencen, dan kumpulan wang simpanan pekerja. Sumbangan

tersebut diambil kira sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan apabila

perbelanjaan tersebut dilakukan.

f)

Cukai

UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas pendapatannya di bawah

perenggan 13 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi pendapatan dividen.

Cukai pendapatan syarikat subsidiari atas keuntungan atau kerugian untuk tahun semasa

terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa adalah jumlah jangkaan cukai

pendapatan yang perlu dibayar berhubung dengan keuntungan boleh cukai bagi tahun semasa

dan dikira menggunakan kadar cukai yang telah digubal pada tarikh lembaran imbangan.

Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti, ke atas perbezaan sementara

pada tarikh lembaran imbangan di antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai dibawa di dalam

penyata kewangan. Pada dasarnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan

sementara boleh cukai. Aset cukai tertunda pula diiktiraf bagi perbezaan sementara boleh

ditolak, kerugian cukai belum digunakan dan kredit cukai yang tidak digunakan pada tahap

di mana ia berkemungkinan bahawa keuntungan boleh di cukai pada masa hadapan boleh

digunakan. Cukai tertunda tidak diiktiraf jika perbezaan sementara timbul daripada muhibah

atau muhibah negatif atau daripada pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam urus

niaga yang bukan kombinasi perniagaan dan pada masa urus niaga, tidak menjejaskan

keuntungan perakaunan atau keuntungan boleh cukai.