Previous Page  124 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 124 / 134 Next Page
Page Background

124

|

w w w . u p n m . e d u . m y

prestas i

kewangan

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

k)

Syarikat Subsidiari

Pelaburan di dalam syarikat subsidiari dinyatakan pada kos tolak kerugian kemerosotan nilai.

Dasar untuk pengiktirafan dan penilaian kerugian rosot nilai adalah mengikut Nota 2(l) kepada

penyata kewangan. Pada pelupusan pelaburan tersebut, perbezaan di antara hasil pelupusan

bersih dan nilai dibawa diiktiraf dalam penyata pendapatan.

l)

Rosot nilai Aset

Pada setiap tarikh lembaran imbangan, Kumpulan mengkaji semula nilai dibawa bagi aset-

asetnya untuk menentukan sama ada terdapat sebarang petunjuk kemerosotan nilai. Jika

sebarang petunjuk wujud, rosot nilai dikira dengan membandingkan nilai dibawa aset dengan

amaun boleh pulih. Amaun boleh pulih adalah nilai tertinggi di antara harga jualan bersih dan nilai

dalam penggunaan, yang diukur dengan merujuk kepada aliran tunai hadapan yang didiskaun.

Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan serta merta,

melainkan aset tersebut dibawa pada jumlah penilaian semula. Sebarang kerugian kemerosotan

aset yang dinilai semula akan dikurangkan setakat lebihan penilaian semula yang masih belum

digunakan bagi aset yang sama.

m)

Penghutang

Penghutang dibawa pada nilai yang dijangka boleh direalisasi. Hutang lapuk dihapus kira

apabila dikenal pasti. Peruntukan dibuat bagi hutang ragu berdasarkan kepada penyemakan

akhir tahun ke atas hutang yang belum dapat dipungut. Polisi UPNM dalam mengakaunkan

peruntukan hutang ragu adalah seperti berikut:

i)

Hutang yang berusia diantara 1 hingga 3 tahun, peruntukan hutang ragu dibuat pada

kadar 50%, dan

ii)

Hutang yang berusia melebihi 3 tahun, peruntukan hutang ragu dibuat pada kadar 100%.

n)

Peruntukan Liabiliti

Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi kini hasil daripada

peristiwa lampau dan adalah berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang mengandungi

manfaat ekonomi yang diperlukan untuk menyelesaikan obligasi tersebut dan jumlah anggaran

yang munasabah boleh dibuat.

Peruntukan dikaji semula pada setiap tarikh lembaran imbangan dan diselaraskan untuk

menggambarkan anggaran semasa yang terbaik. Di mana kesan nilai masa wang adalah

material, jumlah peruntukan adalah nilai kini perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan untuk

menyelesaikan obligasi tersebut.

o)

Pertukaran Mata wang Asing

Urus niaga dalam mata wang asing pada mulanya dicatatkan dalam Ringgit Malaysia pada

kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh transaksi. Pada setiap lembaran imbangan,

pertukaran mata wang asing bagi item monetari diterjemahkan ke dalam Ringgit Malaysia

pada kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh berkenaan. Item bukan monetari pada

permulaannya didominasi dalammata wang asing, yang dibawa pada kos sejarah diterjemahkan

menggunakan kadar sejarah pada tarikh pengambilalihan. Semua perbezaan kadar pertukaran

diiktiraf dalam penyata pendapatan.