Previous Page  121 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 121 / 134 Next Page
Page Background

w w w . u p n m . e d u . m y

|

121

prestas i

kewangan

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

31 DISEMBER 2015

1. MAKLUMAT UMUM

a)

Penubuhan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera

Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang menjalankan program pengajian

di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan Tentera

Malaysia (ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan sebagai UPNM melalui warta

kerajaan P.U .(A) 400 bertarikh 9 November 2006.

b)

Aktiviti Utama

UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan

Teknologi Pertahanan yang dapat di aplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti kapal

tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

c)

Penyata kewangan ini telah disediakan dalam mata wang Ringgit Malaysia (“RM”).

d)

Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 telah di bentang dan diluluskan oleh

Lembaga Pengarah Universiti pada 26 Februari 2016.

2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

a)

Asas Perakaunan

Penyata Kewangan UPNM disediakan berdasarkan konvensyen kos sejarah dan mengikut

piawaian perakaunan Private Entity Reporting Standards (PERS) yang diluluskan oleh Lembaga

Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dengan pengubahsuaian dibuat mengikut kesesuaian

peruntukan yang telah ditetapkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1997.

b)

Pengiktirafan Pendapatan

i)

Geran Kerajaan untuk belanja mengurus diambilkira sebagai pendapatan dalam Penyata

Pendapatan mengikut asas pengakruan. Geran Kerajaan untuk projek pembangunan

diiktiraf sebagai Geran Kerajaan Tertunda dan dilunaskan mengikut susutnilai projek yang

telah siap, aset yang dibeli dan belanja pakai habis.

ii) Pendapatan faedah diiktiraf berasaskan akruan. Faedah simpanan tetap daripada Tabung

akan diagihkan sebagai pendapatan tabung-tabung berkenaan, sekiranya pelaburan dibuat

dari peruntukan tabung tersebut. Bagi pelaburan simpanan tetap yang lain, pendapatan

diambilkira dalam Penyata Pendapatan.

iii) Pendapatan dari yuran dan lain-lain pendapatan tidak ada arahan amanah khusus dianggap

sebagai pendapatan Universiti.

iv) Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang berkaitan

dengan tahun kewangan semasa diambil kira sebagai pendapatan.

c)

Hartanah, Loji dan Peralatan

Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susut nilai terkumpul kecuali

bagi tanah milik bebas. Pembelian harta modal yang berharga RM3,000 dan ke atas bagi setiap

unit manakala pembaikan bangunan yang kosnya melebihi RM50,000 akan dipermodalkan.

Keuntungan atau kerugian atas pelupusan hartanah, loji dan peralatan adalah ditentukan

dengan membandingkan perolehan dengan nilai dibawa harta di mana perbezaannya akan

diambil kira sebagai keuntungan atau kerugian dari operasi.